Ramlang Menghilangkan Diri!- UPDATE
MAKLUMAT TERKINI. DAPAT LEPAS BERBUKA TADI.
USTAZ RAMLANG PORIGI DAN ISTERI TAK DAPAT DIKESAN.
KALI TERAKHIR ADIK IPAR SAYA DAPAT BERCAKAP DENGAN BELIAU IALAH 2 HARI SEBELUM RAMADHAN. USTAZ JUGA SEMPAT BERTEMU DENGAN EMAK BELIAU YANG BARU PULANG DARI MENGERJAKAN UMRAH TEMPOH HARI.
USAHA MENCARI DAN SETERUSNYA MENJEMPUT USTAZ SEKELUARGA SEDANG DILAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN PERANCANGAN BERBUKA PUASA DATAS SEMANGAT RAMADHAN DAPAT DILAKUKAN.
SUMBER-SUMBER (ANDAIAN) MENGATAKAN USTAZ DAN ISTERI BERADA DI KELANTAN BUKAN KERANA 'DEMI KESELAMATAN' TETAPI UNTUK MENCARI PEKERJAAN BARU.
SESAMA LAH KITA BERDOA AGAR SEMUA SELESAI DENGAN ELOK DAN JANGAN ADA YANG JADI MANGSA KEADAAN SEKELILING. AMIN
Peguam: Ramlang dalam jagaan PKR
Jimadie Shah Othman | Sep 3, 08 8:11pm
Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, kini berada "dalam jagaan" parti itu, kata peguamnya Ahmad Nizam Hamid.
Beliau berkata, Ramlang dan keluarganya – seorang isteri dan tiga anak – kini "selamat di sebuah tempat".
Ahmad Nizam yang juga ketua bahagian PKR Maran, bagaimanapun enggan mendedahkan tempat imam itu berada.
Ditanya bentuk kawalan pergerakan terhadap imam muda itu, Ahmad Nizam berkata: "Sembahyang Jumaat pun dia pergi. Dia tidak ikut nasihat saya."
"Tetapi orang tidak perasan," katanya, sambil ketawa kecil.
Keselamatan Ramlang dikawal akibat kebimbangannya dan PKR susulan kejadian kehilangan misteri penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menafikan tuduhannya terhadap hubungan Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang mulai hari ini memohon tambahan cuti sehingga lusa.
Tindakan itu, tambahnya, dibuat memandangkan cuti tahunan imam kelahiran Sabah itu masih berbaki 16 hari.
"Dia masih mahu terus berkhidmat (di masjid di Jalan Duta)," katanya.
"Daripada sudut karier, saya rasa dengan lima negeri di bawah (kerajaan) Pakatan Rakyat, tidak ada masalah (menerima Ramlang).
"Cuma hati beliaulah, beliau rasa beliau tidak buat apa-apa salah."
Esok aku nak interview sumber aku pula
~X( ~X( ~X( ~X(