BTC USD 81,110.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam lapar

8Pz9GDI.jpg

kat negeri mana ni...ganu / pahang / kelate / kedah / perak ?
 
Kat negeri ganu... jalan nak ke telemong kalo tak silap la..
 
nama unik sungguh kampung dekat situ :)cgrock

raba.jpg


kampung-tetek.jpg


images


images


images


b9c2.jpg


7e41.gif


c116.gif



NEGERI SEMBILAN
Jaln Dato' Siamang Gagap
Kampung Penajis
Batang Benar
Kampung Jambu Lapan
Bongek

PERLIS
Bongor Kudong
Utan Aji
Cuping
Betis Patah
Kampung Y
Marhom Kayang
Simpang Empat Kangkung

SARAWAK
Kampung Wireless
Tanjung Bekakap
Bawang Assan
Kg Buangsiol

SELANGOR
Batang Berjuntai
Bagan Tengkorak
Teluk Penyamun
Ampang Pecah

JOHOR
Gelang Patah
Pasir Gudang
Batu Pahat
Kg. Temu Jodoh
Kg. Seri Bunian
Tongkang Pecah
Gunung Lambak
Kampung Ponorogo
Parit Botak
Kg Bukit Nyamuk
Kg Tengah
Parit Sonto- Cite Usop Sontorian..Hehe
Kg Puteri Menangis

PAHANG
Janda Baik
Felda New Zealand
Dada Kering
Che Nor
Lubuk Paku
Kampung Temin
Bangau
Kampung Buntut Pulau
Kampung Pengkalan Manggis
Kampung Berhala Gantang
Kampung Pulau Pasir Mandi

SABAH
Menggatal
Kg Baru Jumpa
Felda Icebox
Merotai
Kg.Angan-Angan
Kg.Chinta Mata
Kg.Buang Sayang
Kg.Amboi

KEDAH
Tikam Batu
Megat Dewa
PADANG CICAK
Permatang Kerat Telunjuk
Sungai Derhaka (Terengganu Pon Ad Jgk)
Kg Telekong
Kampung Namek--->>>Adakah Penduduk2 Asal Kampung Tu Adalah Org Planet Nameck? ( Dragon Ball )
Kg Tengkorak Batu
Gajah Mati

PERAK
Parit
Lumut
Titi Serong
Menglembu
Papan
Kampung Tempe
Kg Batang Bergedik
Kg Selekoh (my hometown)
Bandar Air
Sungai Mangkok
Tanjung Hantu
Kg Lubuk Katak

KELANTAN
Batu Jong (kg Huzaifah phD)
Kg Pak Badol
Kg Pak Simpol
Kg Palekbang
Kg Pauh Butut
Kg Kedai Lalat
Sg Satan
Kg Pintu Geng
Kg Bunohan
Kg. Lawa
Kg Lembu
Gertak Sering
Kg Pek
Kg Beruk
Lubuk Kawah

PENANG
Jarak Atas
Gertak Sanggul
Kg Seronok
Lahar Ikan Mati
Permatang Pak Maras
Lahar Yooi - Tasek Gelugor

TERENGGANU
Kg Alor Terbo
Kg Wad Sembilan
Kg Batu Rakit
Kg Imam Lapar
Kg Nasi Dingin
Kg Gong Badak
Kg Gong Pak Jin
Kg Padang Hangus
Kg Fakir
Kg Kuala Ping
Sungai Derhaka (Kedah Pon Ad Jgk)
Kg Lapan Kotak
Lorong Surau
Kg Jerung
Kg Bawah Atas Tol
Chukai
Kg Telaga Batin
Kg Bogel

MELAKA
Batang Tiga
Bukit Piatu
Bukit Beruang
Air Keroh
Alor Gajah
Semabok
Durian Tunggal
Durian Daun
Ayer Leleh
Kg Ketek



K.Bai
 
Benarkah ada peristiwa berlakunya kejadian imam yang lapar di Terengganu sehingga memungkinkan satu tempat diperuntukkan dengan kejadian berkenaan?

Apa yang pasti, nama Kampung (Kg) Imam Lapar di Mukim Telemong, Kuala Berang, memang wujud dan menjadi tanda tanya terutama bagi orang luar dari kampung itu dan luar Terengganu kerana nama kampung itu seperti benar-benar menggambarkan sejarah kampung itu mempunyai imam yang hidupnya sentiasa dalam kelaparan.

Kampung Imam Lapar terletak kira-kira 23 kilometer dari Kuala Terengganu dan kira-kira 22 kilometer dari Kuala Berang. Lokasinya juga tidak sukar untuk dicari kerana terletak di tepi jalan utama antara Kampung Besah dan Kampung Kuala Telemong.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Samad Rani, berkata ia bermula dengan kisah dua pedagang, mereka menaiki perahu dari muka Kuala Sungai Telemong menyusuri sungai itu untuk mudik ke hulu dengan membawa barangan seperti beras dan ikan masin untuk dijual kepada penduduk kampung di sepanjang tebing sungai itu.

Katanya, setibanya di kampung itu yang ketika itu tiada nama, mereka berdua singgah di Pengkalan Rengas Sembilan dan menaiki tebing untuk mencari makanan kerana lapar.

“Pedagang itu ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan untuk mencari rumah bagi mendapatkan makanan dan api, tetapi mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

“Mereka dikatakan sempat menyatakan kepada imam bahawa mereka lapar sebelum beredar kembali menaiki perahu menyusuri sungai itu. Mungkin imam tidak sedar ada orang datang dan memberitahu imam, dia lapar kerana khusyuk membaca al-Quran ketika itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, akibat terlalu lapar, dua pedagang itu dikatakan singgah pula di satu lagi jeti dan ke surau yang terbukti surau sama. Imam itu masih lagi menghafaz al-Quran, lalu mereka terus beredar.

“Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

“Jadi, dari situlah kemungkinan itulah asal usulnya nama Kampung Imam Lapar ini. Yang pasti bukan imam itu yang lapar, tetapi pedagang itu yang lapar. Sukar dipastikan sejauh mana benarnya cerita itu saya dengar cerita ini daripada arwah bapa,” katanya yang mendakwa kisah itu berlaku lebih 100 tahun lalu. - Teganukita.my


Sumber: http://teganukita.my/asal-usul-kg-imam-lapar-kuala-berang/
 
Back
Top
Log in Register