BTC USD 82,693.7 Gold USD 4,122.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ilmu Perang Panglima Hitam

min9797

Active+ Member
Messages
3,093
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
91
Points
30
salam..nak tanya la pendekar2 cg ni..ada ke ilmu ni @ ada yg belajarnya....

ramai yang tak tau lagi ni..ni den copy paste sikit sejarahnya

Siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam? Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima Hitam ini menjadi suatu nama Lagenda dalam ilmu beladiri Melayu ini? Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya cuba untuk berkongsi fakta tentang Panglima Hitam ini setakat pada pengetahuan saya. Mungkin ramai di kalangan kita yang lebih arif tentang sejarah siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Harap ada yang sanggup berkongsi pandangan dan fakta yang saya rasakan perlu untuk kita orang-orang silat kenal siapa sebenarnya Panglima Hitam ini.

Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah;

Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pada abad ke -18
Panglima Hitam (Kuala Selangor)
Panglima Hitam (Jugra)
Panglima Hitam (Muar,Johor)
Panglima Hitam (Segamat,Johor)

Dalam sejarah negeri Selangor, Panglima Hitam sebagai pahlawan yang berani dan setia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan diri Sultan, Istana dan Kerajaan. Mereka terdiri dari;

Panglima Hitam pada zaman Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan Almarhum Sultan Muhammad iaitu Sultan Selangor yang ketiga.
Panglima Hitam yang dikenali juga sebagai Daeng Ali iaitu pengawal peribadi Almarhum Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang keempat.

Dalam sejarah negeri Johor pula, terdapat dua individu yang bergelar Panglima Hitam iaitu;

Panglima Hitam di Muar yang bernama Baginda Zahiruddin berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Sumatera. Beliau merupakan pengasas kepada Silat Lintau pada abad ke-16.
Panglima Hitam di Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan dan telah berjaya mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang berlaku di kawasan Segamat.

Dan yang terkenal sekali adalah Panglima Hitam di negeri Perak yang bernama Tengku Daeng Kuning, anak Raja Bugis dari Makasar, Sulawesi. Gelaran Panglima Hitam pada beliau bersempena dengan ilmu kependekaran yang tinggi dan sentiasa memakai pakaian yang berwarna hitam. Mula sampai di Kepulauan Tanah Melayu pada 1813 bersama 6 saudara yang lain. Sesampainya di Tanah Melayu, mereka 7 bersaudara masing-masing membawa haluan sendiri mengikut ilmu dan firasat mereka. Maka berpecahlah mereka ke negeri-negeri berikut;

Perak
Pahang
Kedah
Terengganu
Johor
Selangor
Melaka

33DSC01355.JPG


Panglima+Hitam.jpg


Kesimpulannya, nama Panglima Hitam ini telah dipakai dan menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja dan negara. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal),TLDM sebagai Kapal DiRaja(KD) Panglima Hitam. Selain itu, Kerajaan melalui Jabatan Muzium telah membina semula Makam Panglima Hitam di Taiping dan telah digazet dibawah akta pendaburba sebagai suatu simbol sejarah negara. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah Panglima Hitam ini.

http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/siapa-panglima-hitam.html
 
Last edited:
panglima hitam aku xpnah dgr..awang hitam ada lahh :D
 
adehh macam2 lak...lain soklan lain jawapan :))
 
kalau panglima ludah ada la..simple je ilmunya
 
tp tgk silibus nampak lebih pada mentauhidkan Allah.. ade majlis zikir.. bagus jgk tu.. xdpt kluar 40 hari hadir majlis zikir pun dh bagus..
 
mesti tt nk jadi panglima ni...kalau sangop dicari sangop dengan syrat2nya ada je:D
 
ada, kene puasa 100 hari...jgn mkn bende berdarah..memutih namanya..buat ni dulu...syarat jgn dgr bunyi anjing melalak or lihat@dgr perkara2 maksiat...pendek kata xleh puasa kt dlm rumah yg ada tv or radio or yg mendatangkan bunyi..dok dlm gua better..

kaedah pengisian puasa 44 hari pertama fatehah dan selawat atas nabi.. jgn putus wudhuk...kalau putus kene angkat semula..11 hari seterusnya kene kasi habis dulu disiplin 44 hari pertama then akan ada yg ajar step seterusnya...rohani dah mantap masa tu xyah risau..

ps: let say nak mkn nasi buat berbuka, jgn beli nasi yg dlm kampit, sila pegi terus kpd petani dan minta derma,kalau xbg boleh try beli pakai duit...biasa yg beli ni ssh nak jadi...
 
Back
Top
Log in Register