Ilmu melipat bumi ni memang ada, cuma bergantung pada tafsiran 'melipat bumi' yang menyebabkannya berbeza.
Kalau tahap paling asas atau Amateur kesannya ialah boleh mempercepatkan atau melancarkan perjalanan ke sesuatu tempat. Contoh nak pergi dari Sogo ke Lot 10 berjalan kaki. Jalan kaki macam biasa cuma tak terasa letih dan masa tak terasa lama. Yang ni sekadar membaca doa tertentu dan keyakinan pada Allah SWT sudah cukup. (Yang saya tahu wirid Li-DZahabit-Ta'ab dari Sheikh Abdul Qadir Jilani yang umumnya di amalkan di Nusantara).
Tahap yang lebih tinggi iaitu membuka dimensi ruang atau alam. Yang ni eloklah orang yang lebih arif menjelaskan kerana saya jahil bab ni.
Seeloknya kita jangan taksub nak belajar ilmu melipat bumi ni. Lebih baik belajar mengenali Allah SWT dan berusaha menjadi hambaNya. Bila kita nak menuju kepada Allah andai rasanya perlu juga utk belajar ilmu ni maka niatlah hanya kerana Allah swt. Berkawanlah dengan orang2 Tareqat dan Tabligh..
Nota:- Pernah terfikir tak kenapa org Tabligh boleh berjalan kaki jauh dalam masa yang panjang tapi tak nampak letih? Fikir-fikirkanlah...