BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ilmu Hitam

sick_66

Active+ Member
Messages
2,589
Joined
Mar 12, 2008
Messages
2,589
Reaction score
0
Points
20
Sejak kedatangan Proto-Malayu dan Deutro Malayu lagi, orang-orang di tanah melayu sudah pun mempercayai anamisma atau semangat. Apakah yang di katakan Semangat. Semangat boleh didifinisikan sebagai roh kehidupan yang menjiwai segala makhluk, baik yang hidup maupun yang bukan hidup. Semangat yang terkandung dalam roh seseorang itu lebih sensitif dan peka dari jasadnya. Dengan mengunakan semangat inilah seseorang bomoh itu menjadi dukun merawat berbagai-bagai penyakit luar biasa yang tidak boleh diubati oleh doktor. Dukun-dukun akan menggunakan mentera atau jampi serapah
 
Mentera itu digubah dan di cipta dengan susunan kata-kata yang khas sehingga sebahagiannya tidak difahami oleh orang biasa atau orang-orang yang tidak mempunyai kebolehan dalam urusan-urusan kepawangan. Perkataan-perkataan yang di gunakan mempunyai sesuatu kuasa tersirat apabila sususannya sempurna mengikut syarat-syarat tertentu.

Menurut ahli antropologi budaya bahawa kebanyakan mentera itu asalnya daripada ucapan suci atau doa, atau upacara agama manusia primitif untuk menghubungi alam dunia ghaib. Oleh kerana manusia hanya boleh menakluki alam ghaib melalui semangat mereka, kebanyakkan mentera itu diseru kepada semangat-semangat ghaib yang berupa doa dari........
 
Di antara jenis mentera yang sering digunakan ialah untuk mengubati penyakit, supaya murah rezeki, Ilmu seri-muka, Ilmu pengasih , kekuatan, pengadang diri, mengkhianati orang lain, menghalau hantu-jambalang dan berbagai lagi. Selain itu, ada pula mentera yang memanggil makhluk ghaib untuk membantu dalam sebarang tugas.

sejauh mana korang percaya...kalau ada pengalaman...jom kita kongsi..juz niat nak berkongsi yer..bukan nak praktik..so,apa sahaja yang korang ada pengalaman tentang ilmu hitam,alam ghaib,jin & syaitan sume...share kat thread nie yer
 
syirik...ilmu hitam...dikaitkan dgn kejahatan manusia itu sendri
..:)
 
Semua bentuk sihir adalah jahat, atau ilmu hitam. Ugama yang memegang pendapat ini merangkumi sebahagian besar ugama utama Islam, Kristian, agama Yahudi, Buddha dan Hindu. Pandangan ini biasanya mengaitkan ilmu hitam dengan Satanisme.
 
Ilmu hitam dan putih adalah bentuk sihir, tetapi asalnya berlainan, dan terhasil dengan cara yang berbeza, walaupun menghasilkan kesan yang serupa. Kedudukan ini adalah yang paling sering ditonjolkan dalam careka
 
Ape persoalannya? :-?

menda ni mmg wujud. tu je..
 
bahawasanya mereka yg hilang keyakinan diri (lost faith) and keyakinan pada sang pencipta yg selalunya menjerumuskan diri meke ke kancah ini akibat dimakan hasutan iblis... titik

*sigh
 
well, i dont know about tribes and ritual, dimana diperturunkan oleh keturunan nenek moyang meke plak... oh ni i kurang pasti...
 
Ilmu hitam yang dapat diamalkan Alam Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

Melindung diri
Kebal
Perubatan
Mendapatkan kelebihan
kesaktian
Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
Perapun
Gagah
Perangsang
Penderas
Pukau
Mengawal/Memusnahkan musuh
Penunduk
Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit.
Pelalai
Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
Meramal masa hadapan



Alimun

Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-

Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
Azimat.
Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.
Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-

Menggunakan ayat-ayat suci
Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
Menggunakan bantuan makhluk halus lain.
Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-

Pawang -
Dukun -
Bomoh -
Mereka yang alim - melalui ayat-ayat Al Quran.
 
Back
Top
Log in Register