BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ilangkan boring jap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Kebakaran Hutan

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas
 
makan semut

Di sebuah klinik, ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah:Tapiiiii. ..saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor :Apa ??Cepat bawa dia ke hospital!
 
Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
 
Kucing Yang Kecewa


Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar anak kucing tersebut bercakap...

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkapa walau sepatah haram pun...

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaipan.. kucing tersebut mula berkata2..
"Hey, AWASSSS ... rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu."

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya...

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..
"Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap...engkau tidak mahu mendengarpun cakapku...
 
Pencuri Ayam

Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera mendapatkan seorang pembeli ayam.

"Saya hendak jual ayam-ayam ini," katanya.
"Dari mana kamu dapat?" Tanya pembeli ayam.
"Saya mencurinya," jawab pencuri itu.
"Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama?" Tanya si pembeli ayam itu lagi
"Saya tahu! sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini," jawab si pencuri itu.
 
Lawak Menteri


seorang menteri datang ke asrama anaknya..... ..

menteri:assalamuala ikum..... .......

jaga:waalaikummussa lam...... .

menteri:saye datang nak ambik anak saye pulang.....

jaga:Nanti dulu encik!..kalau nak masuk kena ambik pas masuk.....

menteri:awak ni tak kenal saye ker....dunia kenal saye....?

jaga:maaf encik....... hari ini dunia tak bertugas..tapi sayer yang bertugas..

Merah muke menteri tu....
 
Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2

Jarak diantara rumahnya dengan bus stand lmemakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yang turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan

Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yang turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dengan nada yang marah.. Siapa yang suka-suka tekan loceng bas ini..hah!!!

Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yang melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti Kenapa pakcik tak turun??
Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sebab bila saya tekan saja loceng..bas mesti berhenti..!! !
 
Kebakaran Hutan

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas

mangkuk tingkat btol.. :D:D:D
 
Tiga orang asli yang berkawan baik tidak pernah keluar dari pedalaman suatu hutan, Satu hari mereka bertiga mahu mencari pengalaman di ibu kota. sebaik tiba di stesen keretapi, mereka beria-ria mahu cuba menaiki keretapi tersebut.

Sebelum itu mereka telah membeli sebungkus "jajan" (snek) yang tidak pernah mereka makan sebelum ini. ketika berada dalam keretapi, mereka sangat seronok sekali.Dalam keseronokan itu, seorang dari mereka teringat akan jajan yang dibeli mereka, laludia makan tanpa mempelawa kawan-kawannya. . sebaik sahaja dia makan, keretapi itu melalui terowong dan menyebabkan keadaan gelap seketika.

Sebaik terowong lepas, dia bertanya pada kawan-kawannya, " kamu sudah makan ini."kedua-dua kawannya menggelengkan kepala.

"Hurm... kamu jangan makan. tadi aku makan satu tiba-tiba saja mataku gelap sebentar... " katanya lagi...
 
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.

"RM 1 cikgu!". jawabmurid itu spontan.

"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.

"mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul" . Respon si guru dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"
 
Back
Top
Log in Register