alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
SAYA berkahwin berwalikan saudara lelaki sebelah bapa dan seminggu kemudian saya melakukan hubungan kelamin. Masalah timbul apabila kakak mempertikaikan wali perkahwinan saya, kerana pada masa sama saya mempunyai saudara lelaki seibu sebapa. Saya ingin tahu status perkahwinan saya, adakah saya berzina?
AIN
Wali adalah orang yang berhak menikahkan pasangan pengantin dalam urusan pernikahan dan ia satu daripada rukun nikah. Justeru pernikahan tidak sah jika dijalankan tanpa wali atau wakil wali.
Susunan wali mengikut tertib ialah: bapa kandung; datuk sebelah bapa dan ke atas; saudara lelaki seibu dan sebapa; saudara lelaki sebapa; anak saudara lelaki seibu sebapa; anak saudara lelaki sebapa; bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa; apa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah dan seterusnya.
Dalam susunan wali hendaklah mengikut tertib di mana diambil wali akrab atau paling dekat dengan pengantin perempuan. Jika tiada, baru diambil dari susunan seterusnya.
Dalam hal ini perkahwinan puan tidak sah. Seharusnya keluarga puan menyemak terlebih dulu wali yang layak dengan merujuk ke pejabat agama supaya tidak timbul kekeliruan. Puan tidak dikira berzina tetapi wajib akad semula dengan wali yang sah.