BTC USD 84,037.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

iktikaf

Firma

Super Active Member
Messages
5,310
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
Bahasa: Menetap pada sesuatu tempat.
Syara': duduk tetap di masjid dgn niat y7g tertentu.

Dalil pensyariatan:


Firman Allah:
Tafsirnya: Dan janganlah kamu menyetubuhi isteri kamu sedangkan kamu didalam masjid. (186: al-Baqarah)

Dalam Hadis:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi s.a.w beriktikaf di masjid pada sepuluh terakhir bulan ramadan. Kemudian isteri2nya beriktikaf selepas wafatnya baginda.(Bukhari dan Muslim)

Hukum iktikaf ada tiga:


1. Sunat. Pada semua masa selain bulan ramadan.
2. Sunat muakkad. Pada bulan ramadan.

3. Wajib. pada iktikaf yg dinazarkan.

Syarat sah iktikaf ada dua:

1. Niat iktikaf. Niat beriktikaf dlm tempoh tertentu untuh tujuan ibadah dan mendapatkan sunnah.
2. Berada di masjid dlm tempoh tidak kurang drpada sekadar subhanallah. Termasukdlm syarat ini tidak ada perkara yg menegah untuk berada di masjid seperti haid dan nifas.

IKtikaf yg dinazarkan.

- jika bernazar untuk iktikaf dlm masa sehari semalam maka wajib dilakukan berterusan dan tak boleh keluar masjid melainkan ada keperluan penting seperti qada hajat.
-jika nazar buat 2 hari atau lebih dia boleh buat berturut2 atau hari2 yg tak berturut2.
- jika keluar tanpa keperluan penting seperti keluar berjalan2 maka berdosa dan dia kena buat iktikaf dari mula.
- kalau dia menentukan dlm nazarnya utk iktikaf di masjid tertentu maka tak wajib iktikaf di masjid tersebut melainkan kalau dia bernazar utk iktikaf di masjid Haram Makah, Nabawi dan Aqsa. Niat di masjid Aqsa boleh buat di masjid Nabawi dan Haram makkah. Niat nazar di masjid Nabawi boleh buat di Masjid Haram Makkah.

sunat2 iktikaf.

1. Menghabiskan masa dgn ibadat sperti membaca al-Quran.2. Berpuasa di siang hari.3. Di buat di masjid jamik(yg dibuat solat jumaat)4. Tidak bercakap perkara yg tak elok.

Perkara yg makruh dlm Iktikaf

1. berbekam.2. Buat perkara2 dunia sperti menjahit, jual beli dsbagainya.

Yg membatalkan iktikaf

1. Sengaja JImak.

2. Keluar air mani dgn sebab mukaddimah jimak.

3. Keluar dari masjid dgn tanpa sebab penting.

4. Haid Nifas.

IKtikaf sunat boleh keluar tanpa sebab tapi dia kena niat semula bila masuk.
 
Nabi saw bersabda yang maksud lebih kurang..

"sesiapa yang beri'ktikaf sehari kerana mencari keredaan ALLAH TAALA maka ALLAH TAALA akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit lebih lebar dari jarak antara bumi dengan langit."

petikan dari hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Hazrat Ibnu 'Abbas r.anhuma....

kalaulah ini ganjarannya bagi satu hari i'tikaf maka betapakah kadar ganjaran bagi i'tikaf selama sepuluh tahun?

wallahuaklam...
 
Last edited:
Orang yang beri'tikaf adalah seumpama seseorang yang pergi meminta-minta sesuatu di pintu rumah seseorang. Selagi permintaannya tidak dipenuhi selagi itu dia tidak akan berganjak.
 
Back
Top
Log in Register