ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Tee SIEW KIONG (belakang, tengah) bersama para peserta dalam majlis SME Recognition Award 2015 di Hotel Paragon, Johor Bahru, semalam. UTUSAN/ Raja Jaafar Ali
JOHOR BAHRU 14 Ogos - Pemain industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan khususnya di kawasan Iskandar Malaysia harus bijak mengambil peluang, sesuai dengan perkembangan pesat kawasan itu ekoran kemasukan pelabur asing.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, antara langkah yang boleh diambil IKS untuk mempertingkat perniagaan mereka adalah dengan melakukan program kerjasama.
Menurutnya, IKS tempatan berhadapan dengan beberapa cabaran utama dalam memastikan mereka terus dapat bersaing, terutamanya dengan pemain industri yang bersaiz lebih besar.
“Antaranya, penguasaan dalam pengetahuan berhubung teknologi maklumat, keupayaan modal perniagaan, modan insan, kualiti serta penghasilan produk yang menepati kehendak pasaran.
“Jika mereka dapat menangani cabaran serta mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan, pasti IKS tempatan akan terus kekal teguh dan berkembang,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Small Medium Enterprise Recognition Awards Wilayah Selatan yang diadakan, di sini hari ini.
Johor mencatatkan sebanyak 68,874 IKS berdaftar menjadikan negeri ini ketiga terbanyak pemain industri melibatkan sektor seperti pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan perlombongan.
Tambah Siew Kiong, pemain IKS juga perlu bijak mengambil peluang situasi ekonomi semasa dengan kejatuhan nilai ringgit untuk mengeksport produk mereka ke luar negara.
“Kejatuhan matawang kini bukan sahaja dialami negara kita, tetapi juga beberapa negara lain khususnya negara Asia. Cabaran pasti ada, tetapi ini merupakan peluang kepada mereka untuk mencari pelanggan di peringkat antarabangsa kerana kejatuhan nilai ringgit,” ujarnya.