musashibest
Active Member
- Messages
- 1,383
- Joined
- Dec 23, 2007
- Messages
- 1,383
- Reaction score
- 6
- Points
- 25
KUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN) mengulangi ikrar untuk terus menyokong kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tidak akan menyokong sebarang tindakan mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Mereka yakin keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah yang juga Pengerusi BN, tidak akan mendapat sokongan Ahli Parlimen BN lain.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Umno sebagai parti tunjang BN akan terus memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kepemimpinan Abdullah.
Beliau yang kecewa dengan tindakan SAPP menegaskan, tindakan parti itu tidak menggambarkan semangat BN, tetapi yakin ia tidak akan melunturkan sokongan kepada Perdana Menteri.
“Jika mereka ingat, sokongan kepada Pak Lah semakin kurang berikutan desakan ini, mereka silap kerana kami akan membantu Pak Lah dalam menghadapi serangan dan tekanan sebegini yang sebelum ini datang daripada pembangkang,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mustapha Mohamed, berkata beliau dan Umno Kelantan akan tetap berdiri teguh bersama Abdullah tidak kira apa juga tekanan diberikan kepada Perdana Menteri.
“Tindakan SAPP adalah cubaan menekan Pak Lah meletak jawatan dan kami tidak boleh melihat seorang ketua yang dipilih secara demokrasi cuba dijatuhkan golongan tidak bertanggungjawab.
“Ahli MT Umno akan menjadi benteng kepada Pak Lah dalam menangkis semua tekanan ini,” katanya.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata lebih 600,000 pemimpin dan ahli parti itu akan terus memberi sokongan padu yang tidak berbelah- bahagi kepada Perdana Menteri.
Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, mereka juga akan bekerjasama dengan semua parti komponen BN untuk mempertahankan Abdullah dalam parti dan kerajaan.
“Bagi tiga Ahli Parlimen MIC, saya mengarahkan mereka untuk menyokong Perdana Menteri terutama di Parlimen. Ini kali pertama sebuah parti BN tidak menyokong Perdana Menteri.
“Kami tidak akan mengecewakan Perdana Menteri kerana beliau dipilih rakyat,” katanya.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Fong Chan Onn ketika ditanya perkara sama cuma menjawab ringkas: “MCA tetap bersama Perdana Menteri dan menyokong beliau dalam parti dan kerajaan.”
Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye percaya sebarang tindakan Ahli Parlimen mewakili SAPP di Parlimen minggu depan tidak akan mendapat sokongan Ahli Parlimen BN lain.
“Kepentingan parti lebih utama dan ini bermakna sokongan kepada Perdana Menteri perlu dikekalkan,” katanya.
Di SARAWAK, Setiausaha Agung BN negeri itu, Dr Stephen Rundi Utom, memberi jaminan ikrar sokongan semua 30 Ahli Parlimen BN Sarawak seperti dilafazkan sebaik memenangi pilihan raya umum lalu dan diulangi banyak kali ketika isu 'lompat parti' dikaitkan dengan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
"Rakyat memilih BN kerana percaya dan yakin dengan kepemimpinan pada peringkat pusat dan negeri. Sebagai wakil rakyat kita harus menghormati mandat rakyat," katanya yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, sedih dan menyifatkannya malang kerana ada parti komponen BN yang mahu mengemukakan usul tidak percaya terhadap pucuk pimpinan BN.
Beliau memberi jaminan semua enam Ahli Parlimen PRS tidak akan terbabit dalam usul itu, sebaliknya akan terus teguh di belakang kepemimpinan Pak Lah.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam, juga memberi jaminan semua enam Ahli Parlimen SUPP tidak akan ‘lompat parti'.
Susah payah je ikrar, kalau rakyat tak suka tu...faham2 je lah.