TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
ALAHAI, seakan tidak percaya melihat iklan yang dipersembahkan oleh jenama penyegar udara nombor satu di Malaysia iaitu Ambi Pur sempena Aidilfitri kali ini.
Mana tidaknya, iklan raya ini bukan sahaja penuh dengan cacat cela malah kelihatan tidak berkualiti atau dengan kata mudah ‘hodoh dan buruk’.
Malah, kapsyen yang digunakan iaitu ‘Bawa pulang perisa Aidilfitri, bukannya bau makanan’ langsung tidak difahami mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.
Padahnya, iklan tersebut tak pasal-pasal membuatkan ramai yang ketawa terkekeh-kekeh dengan kesilapan remeh yang dilakukan bahagian grafik Ambi Pur ini.
Difahamkan, iklan raya ini telah dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Ambi Pur namun dipadam setelah menerima kritikan orang ramai.
Bagaimanapun, itu tidak menghalang pengguna Facebook memuat naik kembali gambar iklan raya tersebut sehingga menjadi viral di media sosial.
“Seat belt ikat mana entah tinggi gila. Dah la kepala teleng, anak perempuan nampak macam OKU, kawan macam penanggal, isteri dengan tidak sabar nak beraya pakai tudung pun tergesa-gesa dengan seat belt tak pakai.
“IQ pun cetek pegang makanan dalam pinggan dan mangkuk ketika berada dalam kereta macam sudah tiada bekas makanan di rumah. Brek dekat traffic light habis semua berterabur,” tulis seorang netizen, Muhammad Khalish Mokhtar.
"Pakai tudung pun macam lepas kena serbu dengan Jais" getus Sahak Rebung.