balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Akmarina menunjukkan ikan telur rangup yang djual hanya RM1 seekor.
JIKA di Malaysia, pisang goreng dan keropok banyak dijual di kaki lima, namun berbeza di Thailand apabila ikan goreng dikenali ikan telur menjadi antara sajian makanan ringan popular.
Kini penduduk tidak perlu ke Thailand semata-mata mahu mencari sajian berkenaan kerana ia juga dijual di Jalan Pasir Mas Lati berhampiran Hospital Pasir Mas, dengan harga RM1 seekor.
Peniaga, Nur Akmarina Muhammad, 29, berkata, Ikan Telur Krispi itu digoreng rangup bersalut tepung biasanya dimakan dengan sos pencicah namun diolah dengan menggunakan serbuk lada hitam dan merah mengikut cita rasa penduduk di sini.
Menurutnya, disebabkan makanan itu sangat mudah disediakan, maka dia mengetengahkan sajian antarabangsa itu kepada penduduk sekitar.
“Saya dapatkan bekalan ikan ini dari Pasir Mas, tidak perlu ke Thailand setiap kali membuka kedai,” katanya.
Selain ikan telur, Akmarina berkata, dia turut menjual ayam goreng dan air minuman bergas yang diletakkan aiskrim.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/ikan-telur-rangup-rm1-seekor-1.469202