BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IGP: Boleh jadi senjata api jatuh dalam laut

missbumblebee

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
3,639
Joined
Jun 24, 2009
Messages
3,639
Reaction score
19
Points
25
300x253x36a75d870923f047ad67232cb3878ad6.jpg.pagespeed.ic.FW1DB6DBhg.jpg


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin bahawa senjata api polis yang dilaporkan hilang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak jatuh ke tangan penjenayah.

Menurutnya, setiap senjata api dilengkapi tanda pengenalannya dan sehingga kini polis belum pernah mengesan senjata api tersebut digunakan mana-mana penjenayah.

"Daripada 37 senjata api yg hilang, setakat ini daripada laporan balistik kita, daripada 37 yang hilang itu kita belum kesan lagi bahawa senjata api ini pernah digunakan untuk tujuan jenayah.

"Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat," katanya pada sidang media pagi tadi.

Angka yang dinyatakan oleh Khalid itu berbeza angka uamg digariskan dalam laporan audit.

Laporan audit menyebut bahawa polis kehilangan 44 laras senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Khalid pula berkata polis kehilangan 166 pasang gari serta 32 buah kenderaan yang terdiri daripada 3 buah kereta dan 29 biji motosikal.

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dipastikan.

Sementara itu, sumber dalaman Bukit Aman yang dihubungi Malaysiakini menjelaskan perbezaan jumlah senjata api yang hilang itu adalah kerana tujuh pucuk daripada yang dinyatakan dalam laporan audit telah berjaya ditemui semula.

Anggota diarah ganti kos senjata api

Khalid pula ketika menjelaskan perkara itu lebih lanjut dalam sidang medianya berkata, semua kes kehilangan itu disiasat melalui 212 jawatankuasa inkuiri dalaman.

Tambahnya, 118 kes itu masih dalam siasatan sementara baki 94 kes berjaya diselesaikan.

Jelasnya, polis yang bersalah menghilangkan senjata api mereka diminta membayar kos senjata dan nilai terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM197,984.

"PDRM memandang perkara ini dengan serius dan kita telah mengambil tindakan.

"Kita akui ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan perkara ini sedang diteliti," katanya sambil menambah penubuhan Jabatan Integriti kelak akan membantu dalam usaha tersebut.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama berkata pihak kementerian sudah memberikan penjelasan kepada Jabatan Audit Negara berhubung kehilangan barangan tersebut.

Namun jelasnya, ia tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan itu sewaktu ia dicetak.

"Laporan sudah diperjelas KDN yang mewakili PDRM.

"Ia telah dijelaskan tetapi tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan yang dicetak," katanya.

Laporan Ketua Audit 2012 menyebut, barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Khalid dan Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas perasmian Persidangan dan Pameran Peralatan Umum Polis dan Peralatan Khas di Putrajaya pagi ini.
 
laporan audit tu xjd tanda aras ke?bila explain mcm ni jd laporan audit tu dah xlaku ke?

sbb rsnya tiap2 thn audit negara kesan pembaziran & perbelanjaan xberhemah tp xda tindakan pun
 
Last edited:
hampir dua tahun baru siap laporan..
lama betul nak siasat dan ambil tindakan atas kehilangan barang2 nie sehingga x sempat nak masuk dlm laporan audit

atau kira lupus ajer laa barang2 yang ilang tu..
tutup buku..
 
baiklah... kami percaya :) :) :)


"Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat," katanya pada sidang media pagi tadi.


apa ni IGP...boleh jadi? boleh jadi??...andaian jer tu..hehe

teringat kata2 IGP dulu.
skrg org ramai boleh tanya IGP pula..

"Apa ni? Apa wayang IGP main pula?":D:D
 
hhhhha..laut itu luas...amik masa nak selam..silap 200ratus tahun pun tk jumpa lagi..dan la dia kiok dulu...terlepas dia.
mmg bagus alasannya.

ibarat buang jin letak benih suruh tgu sampai benij tu tumbuh
 
boleh jadi altroman pinjam lawan rakcace.. :D :D Peace
 
Back
Top
Log in Register