BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu tunggal bina rumah dari tutorial YouTube

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpg


Hasil penat lelah ibu tunggal bersama dengan empat orang anaknya membina sendiri rumah idaman mereka sangat mengagumkan

ARKANSAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu tunggal bersama dengan empat orang anaknya membuatkan ramai orang kagum apabila berjaya membina sebuah rumah berdasarkan tutorial daripada YouTube lapor Boredpanda

Bermula dengan dua perkahwinan yang gagal diikuti kes diganggu lelaki sakit mental membuatkan Cara Brookins berazam untuk merubah kehidupannya itu

“Saya malu dan bimbang jika anak-anak saya tidak mempunyai harga diri dan kurang keyakinan berhadapan dengan orang ramai

“Oleh itu, saya memikirkan bahawa anak-anak dan saya sendiri perlukan sesuatu,” katanya

Bagaimanapun, malang bagi dirinya apabila beliau tidak mampu untuk memiliki rumah baru namun dia kemudiannya membuat keputusan untuk membina sendiri rumah itu walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan untuk membuat rumah

“Apabila terlihat sebuah rumah yang dilanda puting beliung dan hanya tinggal asasnya sahaja membuatkan saya berfikir, jika saya membeli beberapa barangan rumah, bolehkan saya membinanya?

“Anak-anak saya turut menyokong cadangan tersebut dan hasilnya, kami berjaya membina sebuah rumah,” katanya lagi

Seterusnya, dengan hanya menggunakan pinjaman sebanyak AS$150,000 (RM670,000) untuk membeli bahan-bahan, mereka mula membuat rumah idaman dengan berpandukan tutorial ‘YouTube’ sahaja

“Sudah lapan tahun kami tinggal di Inkwell Manor dan anak-anak saya kini juga semakin berani dan boleh lakukan apa sahaja,” katanya lagi

http://www.sinarharian.com.my/global/ibu-tunggal-bina-rumah-dari-tutorial-youtube-1.612666
 

Tu kos buat sendiri tu, kalau bayar pemaju berapa lah kosnya ye..
 
mother-builds-house-youtube-tutorials-cara-brookins-5.jpg

nintchdbpict000294162739.jpg

3a.jpg

..
 
wiring mesti upah org kan ...
 
Back
Top
Log in Register