BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ibu bapa saya lebih penting'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JOHOL – Demi menjaga dua ibu bapanya yang uzur, seorang anak bongsu dari lapan beradik, di sini sanggup mengetepikan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Zulilahi Ibrahim, 21, berkata, tiada perkara yang lebih penting selain menjaga kedua-dua ibu bapanya.

“Pada awalnya memang agak terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengambil jurusan perniagaan pada 2011. Namun kini saya tidak kisah, kerana ibu bapa saya lebih penting memandangkan abang dan kakak sudah berkeluarga.

“Jadi saya perlu berkorban terutama apabila kesihatan bapa tidak begitu memuaskan selepas diserang penyakit strok sejak lima tahun lalu,” katanya yang tinggal di Kampung Inas.
Menurutnya, sebelum ini, kesihatan ayah baik sahaja, tetapi lama-kelamaan semakin teruk hingga tidak boleh berjalan.

"Dulu ayah boleh memandu kereta tetapi kini perlu menggunakan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

“Manakala ibu, Timah Kamis, 67, tidak menghidapi sebarang penyakit cuma sakit tua sahaja,” katanya yang bekerja kampung.

Sementara itu, Ibrahim Sair, 74, berkata, dia serang penyakit strok dari paras pinggang hingga ke bawah.

“Penyakit ini menyerang secara perlahan-lahan, tanpa disedari saya tidak boleh berjalan dan memandu kereta.

"Alhamdulillah, saya masih mampu bercakap tapi agak sedih juga kerana tidak boleh melakukan kerja," katanya yang merupakan bekas tentera.

Katanya, terima kasih diucapkan kepada pihak yang menghulurkan bantuan kerusi roda ini.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Parlimen Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim, menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Ibrahim dan 20 penerima lain di Pusat Daerah Mengundi Inas.




SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ibu-bapa-saya-lebih-penting-1.135518
 
berbakti kepada kedua-dua orang tua adalah amalan yang sebaik-baiknya...sejuk perut ibu yang mangandungkannya.
 
beso hati dia,kadang ramai2 ade abg bt alasan dah berkeluarga tinggal beban kat kat mana anak yg ada dkt mak pak..
 
beso hati dia,kadang ramai2 ade abg bt alasan dah berkeluarga tinggal beban kat kat mana anak yg ada dkt mak pak..

Paling Chilake bile bab tanggongjawap bg kat adik2 or yg dekat ngn parent
Tp bile bab pembahagian harte masing2 ade mase n bersuare nk mintak bahagian yg byk
:mad::mad:
 
besar pahalanya jaga parents..
 
Paling Chilake bile bab tanggongjawap bg kat adik2 or yg dekat ngn parent
Tp bile bab pembahagian harte masing2 ade mase n bersuare nk mintak bahagian yg byk
:mad::mad:

itu betul! byk yg berlaku dalam org kita melayu :mad:
 
mulianya beliau
nampak memang dia bukan kejar dunia
 
Susah nak cari anak camni zaman sekarang
 
Back
Top
Log in Register