BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Bapa Perlu Peka Gejala Dadah

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
MELAKA 26/06/2011: Ibu bapa disaran supaya lebih peka dalam mencari jalan bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda yang semakin hari semakin serius.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata permasalahan mengenai penagihan dadah boleh diselesaikan sekiranya ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mereka mengikut ajaran agama.

Beliau turut meminta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) membuat cadangan ke arah transformasi sosial yang membina modal insan menuju jalan lurus dan benar.

"Mekanisme dan jentera Pemadam perlu diperincikan agar pelan tindakan yang sedia ada akan benar-benar mencapai matlamat sekaligus membantu kerajaan merealisasikan misi negara bebas dari dadah pada 2015," katanya semasa berucap pada majlis makan malam sempena perhimpunan agung tahunan Pemadam malam Sabtu.

Mohd Ali berkata jumlah tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah meningkat kepada 157,765 orang tahun lalu berbanding 125,620 orang pada tahun sebelumnya.

Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini (Jan-Mac), seramai 42,133 orang ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, katanya. BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register