BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibrahim pernah berkorban untuk PAS

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun beliau telah memutuskan kerjasama dengan PAS tetapi "hubungan di segi sahabat, berkongsi maklumat dan cita-cita politik masih macam biasa".

"Saya kekal sebagai calon Bebas, maknanya, saya boleh berkawan dengan sesiapa, boleh bertegur sapa dengan sesiapa, kritik sesiapa, dan semuanya boleh kritik dan hentam saya.

"Maksudnya (saya) tidak memihak pada mana-mana pihak tetapi bebas," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Menjelaskan mengenai kerjasamanya dengan PAS sebelum ini, Ibrahim berkata: "Sebenarnya saya dengan PAS bekerjasama seperti kerjasama Semangat 46 (S46) dengan PAS (dahulu), dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat sekarang. Sama. Cuma kerjasama saya bukan atas nama parti, tetapi (kerjasama) peribadi saya dengan PAS."

Ibrahim berkata, tindakan Umno menggugurkannya daripada jawatan ketua bahagian Pasir Mas pada 2003 telah membawa kepada kerjasamanya dengan PAS.

"Bila berlaku pemecahan sempadan (pilihan raya), semua ketua bahagian digugurkan. Ketika dilantik ketua penaja bahagian, ketua bahagian lama dikekalkan tapi saya digugurkan pada 2003. Itulah yang membawa pada kerjasama dengan PAS," jelasnya.

Menurut Ibrahim, dari segi sejarahnya, beliau telah menjadi ahli Umno sejak 1981 dan "saya naik dari bawah - ketua cawangan, ketua pemuda, exco Pemuda Umno dan ahli Majlis Tertinggi."

'Saya dianiaya'

"Saya digugurkan sebagai ketua bahagian (Umno) pada 2003 dan saya tidak boleh terima tindakan itu dan saya anggap ia tidak wajar and menganiaya saya.

"Saya ambil tindak balas (untuk) pertahankan maruah saya. Jadi bertanding dalam pilihan raya umum 2004 sebagai calon Bebas di Pasir Mas. Saya gagal tapi berjaya mendapat 7,800 undi.

"Kejayaan (saya) mendapat undi (sebanyak itu), secara tidak langsung membantu kemenangan (calon) PAS di dua DUN dalam Parlimen Pasir Mas - Chetok dan Pangkalan Pasir. Pada masa itu, kita tengok PAS hampir-hampir kalah kerajaan (negeri). Malah di dua DUN itu pun, PAS menang tipis di Chetak dan Pangkalan Pasir juga majoriti terlalu kecil.

"Lepas itu, saya meneruskan perjuangan saya dengan bercakap di sana sini dengan lantang, dan PAS mungkin melihat saya sebagai aset ketika mereka lemah. Ramai yang mengakui jika saya tidak bertanding calon Bebas pada 2004, PAS mungkin hilang Kelantan. (Anda) boleh buat analisis dan kajian (mengenainya)," katanya.

Selepas itu, kata Ibrahim, beberapa pemimpin PAS menemuinya untuk berkongsi perjuangan "kerana mungkin mereka lihat saya sebagai aset kepada mereka.

"Maka wujud kerjasama dalam kontak mereka undang saya bercakap dalam ceramah di merata-rata tempat dan saya berucap atas platfrom PAS. Sepertimana (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bercakap atas platform PAS ketika disingkir oleh Tunku (Abdul Rahman) dulu.

Dalam memberi penjelasan tentang isu ekonomi, politik dan sebagainya, Ibrahim berkata, ia menarik minat banyak pihak, termasuk PAS sendiri.

"Tiba-tiba berlaku pilihan raya kecil di Pasir Mas - di DUN Pangkalan Pasir. Saya tanding sebagai calon Bebas dan saya akui bahawa saya bertanding betul-betul nak tolong PAS." katanya.

'Hilang deposit'

Dalam pilihan raya kecil itu berlangsung pada 6 Disember 2005. Ia dimenangi oleh calon BN, Hanafi Mamat yang memperolehi 7,422 undi, menewaskan calon PAS, Hanifa Ahmad (7,288 undi) manakala Ibrahim hanya mendapat 415 undi.

"Saya korbankan diri saya atas teori pecah undi, hingga saya hilang wang pertaruhan. Pada masa ini saya digelar PAS sebagai Khalid Al-Walid (panglima). Mereka puji saya di sana sini tetapi mereka tahu dari awal-awal lagi saya bukan ahli PAS, tapi atas dasar kerjasama.

"Tapi bila bersiap untuk pilihan raya (umum) 2008, mereka tanya saya dan saya kata saya akan tanding, walaupun tiga penjuru, saya (tetap) akan tanding jika tidak ada kerjasama dengan PAS.

"Saya rasa pada masa itu, Tok Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan pemimpin PAS Kelantan tidak pasti sama ada mereka mampu pertahan kerajaan negeri (Kelantan). Jika mereka tahu akan berlaku tsunami politik, saya yakin mereka tidak akan beri laluan kepada saya (untuk bertanding di parlimen Pasir Mas pada 2008).

"Saya juga sedar bukan nak diperalatkan, saya nak teruskan perjuangan saya. (Maka) saya terpaksa cari kawan atas prinsip
menang-menang. Itulah kerjasama (saya) dengan PAS," katanya.

Malah, katanya, ada pemimpin PAS memberitahunya kalau beliau menang dan PAS memerintah, maka terpulanglah kepada beliau
(Ibrahim) untuk membuat pilihan.

"Itu hak saya. Oleh itu mereka tidak undang saya jadi ahli PAS kerana mereka pun kenal siapa saya," tambahnya sambil menambah bahawa PAS sedia bekerjasama dengannya kerana mereka tahu beliau boleh membantu mereka.

Ibrahim berkata, PAS tidak mengundang beliau menyertai parti itu kerana mereka lebih suka beliau berada di luar dan mungkin tidak minat pun untuk menerimanya.

Guna simbol PAS

"Bila sampai pilihan raya, pihak perhubungan hubungi saya (tanya) jika nak nak guna simbol sendiri atau pinjam simbol PAS. Dia kata kalau nak pinjam boleh buat surat, surat pendek, saya mohon guna simbol PAS untuk tanding dalam pilihanraya (umum 2008) di kerusi parlimen Pasir Mas," jelasnya.

Bila menang, tegasnya, beliau menulis kepada Speaker Dewan Rakyat supaya meletakkannya di kerusi Bebas dan pemimpin PAS tidak membantah.

"Kekecohan berlaku hampir setahun selepas pilihan raya 2008 bila saya mula lantang cakap di Parlimen, kritik tak kira siapa. Saya tegur BN, Umno, PAS dan PKR, Kelantan dan ini (membuat) mereka tidak senang hati.

"Tiba-tiba MB Kelantan desak saya letak jawatan, sehingga ada yang baling cat di pejabat saya, nak buat tunjuk perasaan di pejabat saya nak suruh saya letak jawatan, tapi gagal tak sampai 50 orang (hadir)," katanya.

Selepas keadaan reda, katanya, beliau meneruskan kehidupannya untuk berkhidmat kepada rakyat, termasuk melalui NGO seperti Majlis Bertindak Rakyat Kelantan (MTRK) dan sebagainya.

"Sehingga 26 September lalu, waktu saya mengadakan majlis rumah terbuka, saya diberitahu oleh wartawan, yang baru pagi tadi menteri besar Kelantan desak saya letak jawatan.

"Terperanjat juga saya, tiba-tiba keluar kenyataan itu. Waktu itu tidak apa yang berlaku. Maka saya potong laporan media itu dan baca. Akhbar tanya reaksi belas saya. Saya terkejut bila dia (MB) kata saya makan gaji haram, sembahyang (dan) ibadat saya Allah Taala tak terima," katanya.

Desak letak jawatan

Ibrahim berkata, dalam reaksi balasnya, beliau pula mendesak Nik Aziz meletak jawatan menteri besar Kelantan dengan memberi sepuluh sebab.

"Saya ada asas mengapa dia harus letak jawatan. Dulu saya simpan kerana wujud kerjasama, macama mana (seperti) kerjasama PAS dengan DAP, bila macam-macam isu dibuat oleh DAP, PAS senyap kerana nak jaga pakatan dengan DAP. (Tapi) Saya ini sesama Islam hingga (sampai) peringkat dituduh ibadat saya tak diterima oleh Allah.

"Jadi saya seolah-olah hilang hormat kepada beliau sebagai seorang tok guru. Maka jelas pada saya Nik Aziz sebenarnya tokoh

politik, ulama politik, bukan ulama Islam dalam erti kata sebenarnya, kerana dia pemimpin politik, dan parti (dia) ada agenda, maka segala yang keluar dari mulutnya adalah sesuatu yang menguntungkan PAS. Itu persepsi saya tapi saya tetap homati (beliau) sebagai orang tua," katanya.

Berikutan itu, katanya, Pemuda PAS Pasir MAS telah menganjurkan satu perhimpunan untuk mendesaknya meletak jawatan selepas solat Jumaat di Masjid Pasir MAS, tetapi menurut Ibrahim, tidak mendapat sambutan.

Sebaliknya, kata Ibrahim, penyokong beliau pula membuat satu perhimpunan menyokongnya di depan stadium yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang.

"Saya ada sokongan di Pasir Mas dan itu membuktikan kemenangan saya bukan setakat PAS sokong (sahaja) tetapi saya juga ada penyokong. Jadi menang-menang," katanya.
 
Ibraim Ali bkn benci PAS,tp dia terkilan dgn keadaan semasa PAS...
Dia mrajuk jer tue...kan mrajuk 2pun cre mnegur dlm Islam...:-?:-?:p
 
bkan masalah ngn sahabat rasulullah tu, rasa cam gelihati je ada orang menyamakan dirinya ngn sahabat rasulullah tuh... cam tak malu je... :">
hu.hu...xlayak ler ngn khalid al walid...:)):))
otak awak ke yg dihidang tue???....:)):)):eek::)paid
 
berahim, ko ni muka tak malu! (harap dia baca la) :eek::eek::eek:
 
politik malaysia semakin kotor dan semakin teruk...
 
Back
Top
Log in Register