BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iblis laut sudah ditemui

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg


SPESIS ikan ‘the Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.

Namun penemuannya yang sangat jarang dilaporkan menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini.

Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter pada November lalu.

Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.

“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui di semua kawasan laut dalam,” katanya.

Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.

Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.

Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.

Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003.


http://www.sinarharian.com.my/rencana/penyelidik-temui-iblis-laut-1.339147
 
lama bertahun2 tau pasal iblis nie, tp apsal baru akhir2 ni citer pasal iblis ni jadi tajuk utama akbar2 ?
 
iblis ni mmg suka dok tempat gelap kat laut dalam yg lebib >>3000m je..klau kat laut cetek mgkin beliau mati sbb kena cahaya matahari
 
iblis ni mmg suka dok tempat gelap kat laut dalam yg lebib >>3000m je..klau kat laut cetek mgkin beliau mati sbb kena cahaya matahari

iblis laut ni takut cahaya yer he he he
 
Kalau yg duduk kat laut yg tak dlm dan sedap dimakan dgn nasi lemak di panggil bilis. :))
 
Lagi dalam laut...lagi horror muka dia...mungkin sebab tekanan air laut kot
 
ni bukan ikan yang ada lampu kat dahi tu ke..macam dalam citer nemo...er nemo ke apa erk..
 
Back
Top
Log in Register