BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Yang Tertipu

servantforever

Fun Poster
Messages
315
Joined
Mar 14, 2010
Messages
315
Reaction score
269
Points
31




Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati

Cintakan Tuhan apatah lagi

Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan

Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka

Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat

Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka rosak, mazmumah masih bermaharajalela

Oleh itu dipandang oleh orang yang bukan Islam, Islam itu tidak indah

Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu apabila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya

Tawakkalnya tidak ada, bakhil, tamak, pemarah, terserlah di dalam kehidupan mereka

Kadang-kadang di dalam perbualan nama Tuhan kurang sangat disebut

Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya

Syariat pun disebut sekitar ibadah sahaja

Bukan syariat di dalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh

Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati dengan mereka

Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat taqwa

Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka
 
yg baek semenya dtg dri ALLAH SWT.
Allahu-Akbar.jpg
 
jangan jadi mcm bawak baldi yg bocor, wpun kecik je bocor tu

amal banyak, tapi yg dilarang tetap buat

last sampai sana sok kering baldi tu
 
Ada tulisan,ayat best2 tulisan besar..mcm komen je...
tula style tt...tp okla tu..:D
 
Ada ustaz ckp perkara paling penting ialah kena cintakan rasullullah kerana melaluinya kita akan kenal Allah. Allah muliakan rasullullah dan berselawat ke atasnya. Apakah kita sombong utk cintakan rasullullah kerana pengorbanan utk umatnya amatlah besar.
 
ada yg buat kerana takut kpd Allah s.w.t. , tunduk & patuh segala suruhan-Nya, manusia zaman skrg bila bos panggil nak jumpa mulalah berpeluh dahi..lambat masuk keja mengelabah terus takut bos bos nampak tp bila azan di laungkan..dia but dek jer..tak takut tuhan
 
sampaikan sahaja..jgn komen lebih..baik meng ya kan atau menidak kan..
hmm..
terima atau tidak biar Dia yang tentu dan pahamkan....

hmmm
 
syurga adalah rahmat Allah. neraka adalah azab Allah. dalam ibadat kena mengharapkan rahmat Allah dan takutkan azab Allah. malah, Allah suruh memohon kebaikan di akhirat dan perlindungan dari azab neraka. kebaikan di akhirat adalah syurga.


jd, adalah tidak lengkap bila beribadat tanpa mengharap syurga dan takut neraka tersebut. wallahu 'alam.
 
Back
Top
Log in Register