BTC USD 81,261.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Puasa

1000515889.jpg


✨Pintu Syurga Ar-Rayyan✨

Daripada Sahl bin Saad RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di Syurga ada sebuah pintu yang dikenali dengan ar-Rayyan. Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa akan memasuki Syurga melaluinya. Maka apabila orang yang terakhir masuk melaluinya, pintu tersebut akan ditutup dan tiada siapa yang akan masuk melaluinya. " Hadis Riwayat Bukhari

#indahnyaislam
#hadis
#ummahfadhilah
 
1000517826.jpg


✨Puasa Adalah Perisai dari Neraka ✨

Daripada Uthman bin Abul-'Ash RA, Rasulullah SAW bersabda: "Puasa adalah perisai dari neraka seperti perisai salah seorang di antara kamu dari peperangan" Hadis Riwayat Ahmad

#indahnyaislam
#hadis
#ummahfadhilah
 
1000518684.jpg


✨Syafaat Puasa dan Al-Quran ✨

Daripada Abdullah bin Amru bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Puasa dan Al-Quran adalah pemberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat. Puasa akan berkata: Wahai Tuhan, ia menahan dirinya daripada makan dan syahwat di siang hari, maka jadikanlah aku pemberi syafaatnya. Al-Quran pula berkata: la menahan dirinya daripada tidur di malam hari, maka jadikanlah aku pemberi syafaatnya." Rasulullah SAW telah bersabda: "Maka kedua-duanya dibenarkan untuk memberi syafaat." Hadis Riwayat Ahmad

#indahnyaislam
#hadis
#ummahfadhilah
 
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sungguh celaka seseorang yang melewati bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampuni.”
(HR. Ahmad, no. 7444; Tirmizi, no. 3545 – Hasan Sahih)
 
1000784268.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

🌙 Lupa Makan Ketika Puasa

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Jika seseorang lupa lalu dia makan atau minum ketika puasa, maka teruskanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum." (HR Bukhari)

🍃 Rahmat Allah mendahului kelemahan kita.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register