BTC USD 80,209.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Puasa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman segera.

2. Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa. Puasanya tidak perlu dibatalkan kerana perbuatan makan atau minum itu berlaku disebabkan oleh kelalaian atau lupa.

3. Hadis ini memberikan penjelasan bahawa jika seseorang lupa, puasanya tidak batal dan mereka tidak perlu menggantikannya atau mengqadha puasa tersebut. Hal ini menenangkan hati mereka yang khawatir akan hal tersebut.

4. Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya menunjukkan bahawa perbuatan makan atau minum yang berlaku akibat kelupaan bukan disebabkan oleh keinginan atau niat untuk melanggar puasa, tetapi ia merupakan suatu pemberian daripada Allah.

5. Hadis ini mencerminkan kasih sayang Allah yang besar terhadap hamba-Nya. Allah tidak membebani kita dengan kesulitan yang tidak mampu ditanggung. Jika seseorang berpuasa dan secara tidak sengaja melanggar puasanya akibat lupa, Allah tidak menghukum, tetapi memberikan kemudahan dan peluang untuk meneruskan puasa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Ramadan 1446H
02hb Mac 2025
 
1000504068.jpg


✨ Dijauhkan daripada azab api Neraka ✨

Daripada Abu Said Al-Khudri RA, beliau berkata; Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, Allah akan menjauhkan mukanya daripada api neraka, tujuh puluh tahun."

#HadisRamadan
#ummahfadhilah
 
Tazkirah Ramadan: Keberkatan Berbuka Puasa

Berbuka puasa adalah saat yang dinantikan oleh orang yang berpuasa, bukan sahaja kerana menghilangkan lapar dan dahaga, tetapi kerana ia adalah waktu yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ»
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.”

Keberkatan Berbuka Puasa

1. Waktu Mustajab untuk Berdoa
• Waktu berbuka adalah saat doa tidak ditolak. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah)
• Oleh itu, ambillah kesempatan untuk berdoa sebelum berbuka dengan penuh keikhlasan.

2. Mengikuti Sunnah dalam Berbuka
• Rasulullah SAW menganjurkan berbuka dengan kurma atau air. Baginda bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan kurma kerana ia adalah keberkatan. Jika tidak ada, berbukalah dengan air kerana ia adalah penyuci.” (Riwayat Abu Dawud & Tirmizi)
• Ini menunjukkan kesederhanaan dan keberkatan dalam berbuka.

3. Menyegerakan Berbuka
• Menyegerakan berbuka adalah sunnah yang dianjurkan. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
• Ini bermaksud jangan melewatkan berbuka tanpa sebab yang munasabah.

4. Bersederhana Ketika Berbuka
• Islam mengajar kita supaya tidak berlebihan dalam makan dan minum ketika berbuka. Firman Allah SWT:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا
“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.” (Surah Al-A’raf: 31)
• Oleh itu, berbukalah dengan makanan yang mencukupi, bukan hingga kekenyangan yang melalaikan ibadah.

5. Mengutamakan Orang Lain dalam Berbuka
• Memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa mempunyai ganjaran besar. Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahala orang tersebut sedikit pun.” (Riwayat Tirmizi)
• Oleh itu, amalkan berkongsi makanan dengan keluarga, jiran, atau mereka yang memerlukan.

Berbuka puasa bukan hanya tentang menikmati hidangan, tetapi juga tentang memperoleh keberkatan, mengikuti sunnah Rasulullah SAW, dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Marilah kita menjadikan waktu berbuka sebagai saat untuk bersyukur, berdoa, dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.

Semoga Ramadan kali ini membawa lebih banyak keberkatan dan kebaikan dalam hidup kita, insya-Allah.

 
hati2 cgrian
tt ada kongsi fadhilat solat sunat tarawih
ia adalah hadis palsu
 
1000505678.jpg


✨ HARUMAN DARI MULUT ORANG YANG BERPUASA✨

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada haruman kasturi. la meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana berpuasa untuk-Ku dan Aku akan mengganjarinya Satu kebaikan akan diganjari dengan sepuluh kali ganda."

#indahnyaislam
#ummahfadhilah
#hadisramadan
 
Tazkirah Ramadan: Menjaga Perbuatan dalam Berpuasa

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada perbuatan yang boleh mengurangkan atau membatalkan pahala puasa. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ وَالْجَهْلَ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ»
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya: “Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji serta kejahilan, maka Allah tidak berhajat kepada usahanya meninggalkan makan dan minumnya.”

Hadis ini menunjukkan bahawa puasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menjaga lisan, perbuatan, dan akhlak.

Perkara yang Perlu Dijaga Semasa Berpuasa

1. Menjaga Lisan
• Elakkan berbohong, mengumpat, memfitnah, dan bercakap perkara yang sia-sia.
• Nabi SAW bersabda:
“Puasa adalah perisai, maka janganlah seseorang berkata keji dan janganlah bertengkar. Jika ada yang mencacinya, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
• Ini menunjukkan kepentingan menjaga pertuturan ketika berpuasa.

2. Menjaga Pandangan
• Jauhi daripada melihat perkara yang haram atau yang boleh mengundang nafsu.
• Firman Allah SWT:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ
“Katakanlah kepada orang-orang beriman, tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.” (Surah An-Nur: 30)
• Ramadan adalah masa terbaik untuk melatih diri menjaga pandangan dan menundukkan nafsu.

3. Menjaga Perbuatan
• Elakkan daripada melakukan maksiat seperti menipu, mencuri masa bekerja, atau melakukan perkara yang boleh menyakiti orang lain.
• Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Betapa ramai orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.” (Riwayat Ahmad)
• Ini bermakna, jika seseorang berpuasa tetapi masih melakukan dosa, puasanya tidak memberi manfaat kepadanya.

4. Menjaga Hati
• Hindari perasaan hasad, iri hati, marah, dan dendam.
• Ramadan adalah masa untuk menyucikan hati dengan berzikir, membaca Al-Quran, dan memaafkan kesalahan orang lain.

5. Menjaga Hubungan Sesama Manusia
• Ramadan juga mendidik kita untuk menjaga hubungan dengan orang lain melalui akhlak yang baik.
• Perbanyakkan sedekah, membantu orang lain, dan berusaha menyebarkan kebaikan.

Puasa yang sempurna bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga lisan, pandangan, perbuatan, dan hati daripada perkara yang sia-sia dan dosa. Marilah kita jadikan Ramadan sebagai bulan latihan untuk memperbaiki diri agar kita menjadi hamba yang lebih bertakwa kepada Allah SWT.

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dalam kehidupan kita. Aamin.

 
1000507332.jpg


✨Menahan Lidah daripada Perkara Keji ✨

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan dusta serta ia melakukannya, maka Allah tidak menginginkan ia meninggalkan makan dan minumnya"

#indahnyaislam
#hadis
#ummahfadhilah
 
Back
Top
Log in Register