BTC USD 84,587.4 Gold USD 4,342.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Puasa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbuka Dengan Rotab atau Tamar atau Air

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ

Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadis hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air. (Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib.

2. Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah, lembut dan baru).

3. Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering).

4. Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air.

5. Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)

6. Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air.

7. Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan 45% fruktosa.

8. Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi frutose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga dengan cepat. Penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Justeru, berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia di samping dapat mencegah keletihan yang bersangatan.

9. Pengambilan kurma dalam pemakanan boleh mengelakkan daripada sembelit, penyakit jantung dan merendahkan kolesterol jahat. Kurma mengandungi peratusan serat tidak larut dan larut air antara 10 dan 20%. Serat tidak larut air sangat penting untuk membantu pergerakan najis dalam sistem penghadaman manusia seterusnya boleh mencegah sembelit. Manakala, serat larut air penting untuk mencegah penyakit jantung, dan mencegah peningkatan kolesterol jahat dalam darah.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Mac 2024
12hb Ramadan 1445H
 
IMG_20240323_095223_436.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Bersahurlah, kerana ada keberkatan disebaliknya

Anas bin Malik RA berkata, Nabi SAW bersabda; "Bersahurlah kamu, sesungguhnya bersahur mempunyai keberkatan." - HR Muslim-
 
IMG_20240323_210936_157.jpg


CARA MEMBACA DOA BERBUKA PUASA

Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Hal ini termasuk di bawah perintah umum dan anjuran agar memperbanyakkan doa sewaktu sedang berpuasa.
 
IMG_20240324_200800_383.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Tahan marah dengan berkata 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa'

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa adalah perisai, maka jangan bercakap lucah dan jangan bersikap seperti orang bodoh. Jika seseorang menyerang atau memakinya, katakanlah; 'Sesungguhnya aku berpuasa.' Dua kali."

- HR Muslim-
 
Keutamaan berlapar bagi orang berpuasa

Telah pun berlalu kita berpuasa selama 12 hari dalam keadaan cuaca yang panas pada tahun ini. Pasti dalam keadaan cuaca seperti ini akan merasakan kehausan dan kelaparan lebih dari biasa. Adakah Allah mahu menzalimi hambaNya dengan berlapar dalam tempoh 14 jam dan mungkin lebih bagi negara tertentu. Ada hikmah yang besar mahu dianugerahkan oleh Allah pada hamba-hambaNya di saat kelaparan. Rasa lapar itu adalah salah satu bentuk ujian oleh Allah pada hambaNya untuk menguji keimanan.

firman Allah SWT:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” ( Al-Baqarah :155)

Imam al-Ghazali ada menyatakan di dalam kitabnya, Ihya’ Ulumiddin manfaat apabila perut kosong atau lapar.

Pertama, lapar dapat membersihkan hati dan meningkatkan kecerdasan. Menurut Al-Ghazali, rasa kenyang boleh membutakan hati dan mengepulkan ‘asap-asap’ di otak seseorang yang menyerupai mabuk sehingga memenuhi seluruh ruang dalam otak tersebut. Hal tersebut kemudian menyebabkan seseorang lambat dalam memahami sesuatu atau biasa dikenal dengan lola. (Ihya`, Jil. 3, h. 105)

Kedua, lapar dapat membuat hati menjadi lembut dan bersih yang menjadi lebih mudah untuk merasakan nikmatnya ketekunan dalam berzikir dan manfaatnya. Bagi Al-Ghazali, ini merupakan sebuah keistimewaan, mengingat betapa banyak orang yang lisannya berzikir namun hatinya tidak menghadirkan apa yang sedang diucapkan oleh lisan, yang mana hal ini bisa jadi disebabkan karena kerasnya hati. (Ihya`, Jil. 3, h. 106)

Ketiga, lapar dapat menyingkirkan kesombongan, perasaan bahagia, dan kekufuran yang menjadi awal dari perbuatan zalim dan membuat seseorang melalaikan ketetapan-ketetapan Allah. Bagi Al-Ghazali, tidak ada hal yang lebih efektif yang membuat seseorang dapat menaklukan hal-hal negatif tersebut daripada rasa lapar. (Ihya`, Jil. 3, h. 106)

Keempat, lapar dapat membuat seseorang tidak melupakan cubaan dan azab Allah, serta tidak melupakan mereka yang menerima ujian. Bagi Al-Ghazali, orang yang kenyang seringkali lupa terhadap nasib mereka yang diuji dengan kelaparan. Orang yang cerdas, ketika ia menyaksikan orang yang sedang diuji dengan kesusahan, ia menjadi ingat akan betapa susahnya nasib seseorang di akhirat, seperti rasa haus yang dialami saat di padang mahsyar atau laparnya penghuni neraka. (Ihya`, Jil. 3, h. 107)

Kelima, lapar dapat membuat seseorang mampu menaklukan syahwat maksiat dan mampu mengontrol nafsu ammarah (nafsu yang mendorong seseorang kepada hal negatif), dan inilah manfaat yang paling besar dari rasa lapar. Karena, bagi Al-Ghazali, akar dari perbuatan maksiat adalah syahwat dan kekuatan untuk memenuhinya, dan keduanya bersumber dari makanan. Sehingga, dengan mengurangi makan, maka seseorang sedang melemahkan syahwat dan kekuatan tersebut. (Ihya`, Jil. 3, h. 107)

Selain kelima hal tersebut, manfaat lain dari lapar adalah membuat seseorang tidak mudah mengantuk sehingga dapat ‘begadang’ untuk menghidupkan malam; menjadi lebih tekun beribadah; membuat badan lebih sehat dan terhindar dari penyakit baik fisik maupun hati; meminimalisir pengeluaran untuk bahan makanan; dan memungkinkan seseorang untuk dapat menyisihkan sebagian makanan yang kemudian disedekahkan kepada yang membutuhkan. (Ihya`, Jil. 3, h. 108-110)

Di samping manfaat yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali di atas, ada lagi banyak kelebihan berpuasa saat berlapar dari sudut kesihatan. Antaranya boleh memelihara diri dari pelbagai penyakit yang merbahaya serta boleh menurunkan berat badan jika menjaga pemakanan saat berbuka dan bersahur.

 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bau Mulut Orang Berpuasa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال النبي صلى الله عليه وسلم: وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‌‏ بِيَدِهِ ‌‏ لَخُلُوفُ ‌‏ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Daripada Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi (Sahih Bukhari No 1795) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.

2. Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.

3. Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa (daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa juga menahan seluruh pancaindera dan hati) dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Kerana sesungguhnya, puasa itu hanyalah untuk Allah dan Allah pula yang akan memberikan penghargaan dan balasan dengan nilaian yang hanya Allah yang tahu.

4. Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.

5. Hal ini bukan bererti digalakkan kepada orang berpuasa agar mulut berbau tidak enak dengan tidak menggosok gigi. Menggosok gigi adalah amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum solat termasuk ketika berpuasa.

6. Orang yang benar-benar berpuasa semestinya hati orang tersebut bersih dan suci daripada segala kotoran dan niat jahat.

7. Segala ucapan yang keluar dari mulut orang yang berpuasa tiada lain adalah yang baik, zikrullah dan perkataan menasihat serta mengajak orang lain kepada jalan Allah.

8. Orang yang berpuasa seperti itu, Allah memberi penghargaan kepada bau mulut orang tersebut dengan darjat yang indah dan tinggi kerana di hari akhirat nanti bau mulutnya menjadi wangi lebih daripada kesturi.

9. Rasulullah SAW pernah bersabda, "sebaik-baik kalimat, adalah kalimat yang mengajak orang kepada jalan Allah SWT".

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Mac 2024
15hb Ramadan 1445H
 
IMG_20240326_104407_166.jpg


Tujuh Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. ⁠Memasukkan benda ke dalam rongga badan
3. ⁠Muntah dengan sengaja
4. ⁠Bersetubuh di siang hari
5. ⁠Mengeluarkan air mani dengan sengaja
6. ⁠Keluar darah haid atau nifas
7. ⁠Gila atau Murtad
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4. Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya.

5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya disamping melakukan amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah AlBahili, Rasulullah SAW bersabda:

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

7. Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Mac 2024
16hb Ramadan 1445H
 
IMG_20240329_111515_558.jpg


🚨PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 1445H BERMULA ❗

Di 10 malam terakhir ramadan akan ada di sana satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Bonus berganda dari Allah SWT.

Ayuh jangan lepaskan peluang. Rancang bangun bersama-sama dengan keluarga anda di rumah biarpun tidak dapat beriktikaf di masjid.

Kejutkan anak-anak dan bangunlah solat malam, moga dengannya kita akan beroleh ganjaran yang besar dari Allah.

"Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu"

- HR Bukhari-

Jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan.
 
IMG_20240329_203010_520.jpg


7 MANFAAT BERPUASA KEPADA KESIHATAN

Amalan berpuasa banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kesihatan apabila dilakukan dengan betul. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga memberi kesan baik kepada tubuh dari segi fizikal iaitu dengan memulihkan fungsi tubuh.

Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping memperbaiki sel-sel (Adventures in Therapeutic Fasting, Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) )

Jom manfaatkan bulan Ramadan ini dengan berpuasa untuk meningkatkan kesihatan kita. Jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan sihat, seimbang dan sederhana ketika berbuka dan bersahur agar kita dapat menikmati kebaikan puasa sepenuhnya.

Sumber : Nutritionistkkm
 
Back
Top
Log in Register