BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Puasa

IMG_20230327_062907_138.jpg


PUASA RAMADAN ADALAH RUKUN ISLAM

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ke-empat sebelum menunaikan haji. Ianya mengikut tuntutan yang lebih utama dalam kefarduannya.

Semua orang Islam yang tiada keuzuran diwajibkan untuk berpuasa.
 
عن أبي جعفر (عليه السلام) قال: بني الاسلام على خمس: على الصلاة والزكاة والصوم والحج والولاية ولم يناد بشئ كما نودي بالولاية، فأخذ الناس بأربع وتركوا هذه – يعني الولاية –

Dari Abu Ja’far – alaihis salam – dia mengatakan, Islam dibangun di atas 5 rukun:
1) sholat
2) zakat
3) puasa
4) haji, dan
5) wilayah.

Beliau menyerukan paling keras untuk rukun wilayah. Namun manusia hanya mengambil 4 rukun pertama, dan meninggalkan ini (yaitu rukun wilayah).


Dalam riwayat lain, terdapat tambahan,

قال زرارة: فقلت: وأي شئ من ذلك أفضل؟ فقال: الولاية أفضل، لأنها مفتاحهن والوالي هو الدليل عليهن

Zurarah bertanya kepada Abu Ja’far, “Mana rukun islam yang paling afdhal? Abu Ja’far menjawab, “Walayah paling afdhal. Karena ini kunci semuanya, dan Wali adalah petunjuk untuk yang lainnya.” [Ushul al-Kafi, al-Kulaini, 2/18].
 
IMG_20230329_084216_702.jpg


Ganjaran Orang Yang Berpuasa Dari Allah SWT

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda : “Allah SWT berfirman (hadith qudsi) : Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-Ku (Allah) dan Akulah yang akan membalasnya.”

Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala yang besar kepada orang yang berpuasa.
#alfalahramadan
 
den nak tegur skit.. puasa2 ni jgn la duk suka ngate org juga.. takleh ke cuti..

‏ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ‏"

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalan yang keji, maka Allah tidak berhajat pada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya

Riwayat al-Bukhari (1903)
 
IMG_20230331_100152_701.jpg


Dua Kegembiraan Bagi Yang Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan :

Pertama : Bergembira ketika berbuka
Kedua : Bergembira apabila berjumpa dengan Tuhannya.

Dia bergembira disebabkan ganjaran ibadah puasanya itu.”
 
IMG_20230331_144015_562.jpg


Puasa Menghapuskan Dosa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut sekiranya seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar.

Marilah kita banyakkan berdoa di bulan Ramadan ini memohon keampunan daripada Allah SWT.
 
IMG_20230405_143640_622.jpg


7 Perkara Yang Membatalkan Puasa

1️⃣ Makan dan minum dengan sengaja di siang hari
2️⃣ Masukkan sesuatu ke dalam rongga badan
3️⃣ Muntah dengan sengaja
4️⃣ Bersetubuh di siang hari
5️⃣ Mengeluarkan mani
6️⃣ Keluar darah haid atau nifas
7️⃣ Gila atau murtad

“Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal.”
 
Puasa dr mkn minum adalah puasa yg zahir
Ini puasa org2 terdahulu
Sbb itu mereka tak dpt pahala
Cuma dpt penat lapar dan dahaga saja
Sbb tu niat pun ada “sahaja2 aku berpuasa” hehe
Puasa budak2 fekah katakan

Puasa sebenar adalah yg batin mulut dan perbuatan nya, ini lah puasa org beriman
Dan mendpt ketaqwaan
baru lah bole menyucikan diri secara fitrah (zakat fitrah)

dan mendpt kemenangan (idul fitr)
 
IMG_20230410_010801_850.jpg


BERBUKA DENGAN ROTAB, TAMAR ATAU AIR?

Sunnah Nabi SAW ketika berbuka puasa adalah dengan mendahuluinya dengan buah tamar.

Berbuka dengan tamar akan memperolehi banyak keberkatan dan kebaikan daripada Allah SWT.

Sekiranya buah tamar sukar didapati maka memadai berbuka dengan beberapa teguk air.
#ramadanalfalah
 
Back
Top
Log in Register