BTC USD 84,167.4 Gold USD 4,253.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Puasa

MEMANG BETUI LA,AKU DENGAR USTZ TU CAKAP PERBEZAAN PUASA ORANG YAHUDI DENGAN ORANG ISLAM IALAH BERSAHUR, SELAIN KITA BERSAHUR KITA JUGA BOLEH MELAKUKAN SUNAT SEBELUM ATAU SELEPAS BERSAHUR.ORANG YAHUDI BERPUASA DARI TENGAHMALAM HINGGA MAGHRIB,MEREKA TIDAK BERSAHUR...
may4ver said:
KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:



· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur dan wassalam.
 
Al-Quran: Al-Baqara (2:183)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sempena Ramadan yang akan menjelma pada esok hari, jom kita semak perkara berikut supaya kita betul2 bersedia:

a) RUKUN puasa

1. Niat (berniatlah pada malam hari atau niat sebulan terus jika khuatir terlupa atau xbangun sahur)
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

b) SYARAT WAJIB puasa

1. Beragama Islam
2. Berakal
3. Baligh
4. Sihat
5. Bermukim
6. Suci (dari Haid dan Nifas)

c) SYARAT SAH puasa

1. Islam
2. Berakal dan Mumayyiz
3. Suci (dari Haid dan Nifas)
4. Telah masuknya Ramadan

d) Perkara YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar Haid / Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja di siang hari
8. Bersetubuh di siang hari

e) Perkara SUNAT KETIKA PUASA

1. Segera berbuka puasa (apabila masuk azan MAGHRIB bukannya azan Zuhur!)
2. Membaca doa ketika berbuka
3. Dimulakan dengan makan kurma
4. Melambatkan sahur (sebelum masuknya azan Subuh, bukan sahur pada jam 08.00 pagi!!)
5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
6. Melazimi sedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara sia-sia dan perbuatan yang tidak bermanfaat. (Jangan mem"bawang" dah ye..cukuplah 11 bulan dah mem"bawang". Ramadan ni berhenti la, semoga kekal hingga habis nya Ramadan)
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

f) Perkara MAKRUH KETIKA PUASA

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur berlebihan
4. Memasukkan air ke rongga hidung berlebihan
5. Mandi berlebihan
6. Merasa makanan dengan hujung lidah

Semoga puasa tahun ini menjadi puasa yang lebih baik untuk kita semua dan diterima oleh Allah SWT segala ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadan al Mubarak ini. InshaAllah, Aamiin
 
IMG_20230323_001843_761.jpg


Lafaz Niat Puasa Ramadan
 
IMG_20230323_110116_960.jpg


Puasa Amalan Penghapus Dosa

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.”

Ibadah puasa perlulah dilakukan dengan penuh keimanan dan juga pengharapan kepada Allah agar kita memperoleh pengampunan daripada segala dosa-dosa yang telah lalu.
#ramadankareem
#ramadan1444h
 
Pernah tak kawan2 korang non muslim nak belajar puasa?
Masa saya kat sekolah, ramai kawan Cina saya belajar puasa walaupun separuh hari.
Best bila sekolah kebangsaan yang majmuk.
 
Dlm quran menggunakan perkataan ‘kutiba’

Wahai org yg beriman
Kutiba alaikum

Bukan fardhu = di wajib kan ke atas kamu

Tp bentuk kalimat pasif (fi'il mabni majhul)

Kita dapati dalam QS al-An'am ayat 54: juga menggunakan kataba

وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ

"Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka (faqul salamu alaikum kataba )katakanlah: ‘Salâmun alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang...."

Maksud “Kutiba” sebenarnya adalah “galakkan” saja

Byk lg ayat menggunakan “kutiba”
Tp itu bukan lah bermakna wajib
Kalu wajib mesti tuhan pakai perkataan wajib atau fardu

Ayat washiyat (QS al-Baqarah: 180):

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ

"Kutiba alaikum, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf..."

Dan juga ayat perang (QS al-Baqarah ayat 216):

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ

"Kutiba alaikum berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci..."

Menunjukkan tuhan itu maha penyayang
Tiada paksaan dlm beragama
 
Last edited:
Dlm quran menggunakan perkataan ‘kutiba’

Wahai org yg beriman
Kutiba alaikum

Bukan fardhu = di wajib kan ke atas kamu

Tp bentuk kalimat pasif (fi'il mabni majhul)

Kita dapati dalam QS al-An'am ayat 54: juga menggunakan kataba

وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ

"Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka (faqul salamu alaikum kataba )katakanlah: ‘Salâmun alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang...."

Maksud “Kutiba” sebenarnya adalah “galakkan” saja

Byk lg ayat menggunakan “kutiba”
Tp itu bukan lah bermakna wajib
Kalu wajib mesti tuhan pakai perkataan wajib atau fardu

Ayat washiyat (QS al-Baqarah: 180):

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ

"Kutiba alaikum, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf..."

Dan juga ayat perang (QS al-Baqarah ayat 216):

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ

"Kutiba alaikum berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci..."

Menunjukkan tuhan itu maha penyayang
Tiada paksaan dlm beragama

Ni berdasarkan huraian dari mana-mana ilmuan Islam ke doc
Atau kefahaman doc sendiri berkenaan ayat tersebut
 
Back
Top
Log in Register