BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

******* IB for FXOpen

Status
Not open for further replies.
jadi akaun micro nie tak boleh lebih 200 usd kalu lebih masuk akaun biasa yaa
mula2 kita daftar akaun micro lepas tu baki kita ada 500usd akan masuk akaun biasa kan lepas tu kita rugi ada 150 usd adakah dia akan kembali akaun micro....
\

susah macam nieeee

standard account tak akan turun level ke micro
 
kalau kita deposit dulu ke dalam akaun nyata boleh tak??..lesen dgn utilities bil kemudian bleh ke?...
kita dah ade akaun demo...untuk akaun nyata just tukar kat login aje le ye ...x yah d/load lagi kan///tq//

just tukar login sahaj, tak perlu lagi dload mt4
 
minta maaf semua.. sebenarnye aku x tau langsung pasal forex ni.. jadi kat mana harus aku mula dan macam mana nak mula.. harap minta tunjuk ajar..
 
kalau nak tukar dari standard acc ker mikro camner? aku tak buat deposit la kat standard acc tu.. nak kena register acc baru ker? pastu acc yang lama tu camner?
 
kalau nak tukar dari standard acc ker mikro camner? aku tak buat deposit la kat standard acc tu.. nak kena register acc baru ker? pastu acc yang lama tu camner?

akaun standard dengan mikro adalah berbeza
 
Panduan Membuka Akaun Micro Dan Standard

Kepada ahli ******* yang budiman,

Akaun micro telah di lancarkan dengan jayanya. Maka dengan ini pihak kami telah menyediakan 2 jenis akaun untuk anda pilih. Berikut saya berikan panduan untuk membuka akaun di bawah ******* sama ada akaun micro atau akaun standard.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuka akaun micro:

1) Masuk ke FXOpen- forex, mini & micro forex broker, online forex trading, forex exchange - *******
2) Klik pada menu sebelah kiri "Buka Akaun Nyata Micro"
3) Sila baca panduan dan syarat-syarat yang telah di nyatakan di situ,
4) Isi borang yang telah di sediakan
5) Pastikan anda menyimpan semua data2 yang telah di berikan selepas anda selesai membuka akaun. Sila simpan di tempat yang selamat terutamanya PINCODE*.

Untuk membuka akaun standard:

1) Masuk ke FXOpen- forex, mini & micro forex broker, online forex trading, forex exchange - *******
2) Klik pada menu sebelah kiri "Buka Akaun Nyata" (di bawah menu akaun micro)
3) Sila baca panduan dan syarat-syarat yang telah di nyatakan di situ,
4) Isi borang yang telah di sediakan
5) Pastikan anda menyimpan semua data2 yang telah di berikan selepas anda selesai membuka akaun. Sila simpan di tempat yang selamat terutamanya PINCODE*.

*Bagi kehilangan PINCODE, sila email ke admin@*******.com dan sertakan salinan IC dan bil utiliti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan micro dan standard:

Micro:

1) Minimum trade ialah 0.001 lot bersamaan 1pips = 1cent
2) Minimum deposit ialah 1usd
3) Percuma 1usd utk akaun micro anda yang pertama. Setiap ahli hanya layak untuk mendapat sekali sahaja 1usd percuma.
3) Nilai yang di nyatakan di dalam mt4 ialah mengikut 'cent', maka 1usd = 100cent
4) Maximum duit dalam akaun ialah 200usd, sekiranya lebih dr 200usd, maka akaun tersebut akan automatik berubah ke akaun standard.

Standard:

1) Minimum trade ialah 0.1 lot bersamaan 1pips = 1usd
2) Minimum deposit ialah 25usd
3) Tidak ada nilai maximum utk jumlah duit di dalam akaun standard.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Leverage:

Leverage yang di sediakan untuk kedua-dua jenis akaun ialah 1:1 hingga ke 1:500. Sila email ke admin@*******.com untuk penukaran leverage.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pastikan anda membuat keputusan terlebih dahulu mengenai akaun yang hendak di buka dan ikuti langkah seperti yg telah di nyatakan di atas mengikut jenis akaun yg ingin anda buka.

Terima kasih
 
kalau trading ngan 150 USD.. pastuh asik untg sampai jadik 300 usd.. kena jadik standard ke..

ke hanya jumlah depo je..
 
Status
Not open for further replies.

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12599
USD / JPY
157.777
GBP / USD
1.32435
USD / CHF
0.82863
USD / CAD
1.42550
EUR / JPY
177.656
AUD / USD
0.69569
Back
Top
Log in Register