BTC USD 84,448.2 Gold USD 4,130.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hypermarket Maya Malaysia Kini Dibuka

Mr DoN

Active+ Member
Messages
4,218
Joined
Dec 17, 2008
Messages
4,218
Reaction score
105
Points
33
PUTRAJAYA 6 Jul - RightShoppe (Putrajaya) Berhad telah memulakan perniagaan Hypermarket Maya Malaysia melalui alamat www.rightshoppe.com.my. Pelbagai barangan boleh diperolehi daripada Hypermarket Maya ini dan dikhaskan kepada penduduk-penduduk di Putrajaya sahaja bagi penghantaran terus ke muka pintu.



Walau bagaimanapun sehingga kini, Hypermarket Maya ini telah mampu menjadi landasan kepada usahawan-usahawan Bumiputera di luar negara seperti Ireland, UK, Bangladesh dan USA. Selain itu, Hypermarket Maya ini juga menjadi rujukan untuk mendapatkan produk-produk Halal dari Malaysia bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara seperti Timur Tengah dan Eropah.



Buat masa ini Hypermarket Maya hanya memberikan perkhidmatan pintu ke pintu kepada kakitangan dan penduduk di Putrajaya sahaja dan akan dikembangkan ke Pulau Pinang (Pulau) sedikit masa lagi yang akan diuruskan oleh The RIGHTS (Penang) Berhad.



Begitu juga bagi kawasan-kawasan padat lain seperti Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Batu, Kepong dan Damansara Damai.

RightShoppe (Putrajaya) Berhad juga mengalu-alukan kepada usahawan-usahawan yang mempuyai produk (Makanan, Minuman, Teknologi, Perkhidmatan, Kosmetik, Herba, Barangan Kontraktor dan apa sahaja boleh di senaraikan di dalam Hipermarket Maya ini.



The RIGHTS juga sedang membangunkan beberapa Kedai Fizikal iaitu RightShoppe Kedai Serbanika Halal di Parit Raja, Johor dan beberapa lokasi lagi di seluruh negara. RightShoppe Kedai Serbanika Halal akan menjual semua produk yang sesuai di dalam Kedai Fizikal ini yang telah disenaraikan di Hipermarket Maya.



RightShoppe (Putrajaya) Berhad mempelawa semua usahawan produk untuk menyenaraikan syarikat / perniagaan serta produk mereka di Hipermarket Maya Malaysia ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi En. Rizman di talian telefon 03-89410030 atau telefon tangan 012-6406212.
 
haha dia untuk putrajaya saja ...

aku nyer sampai seluruh malaysia dan asia ... hahah :">

dah sampai masa nyer beli secara online
 
x biasa la beli kicap online.. ekekek.. rasanyaade kedai runcit kt setiap blok bangunan kediaman kan.. baik2 rege kicap kipas udang RM2.60 sebotol ..sure jadi RM3 sebotol.. ntah2 more lg..
apa pun ..sokong pembaharuan yg ade .. cuma bab kos la patut kurang
 
senang lah lepas ni main oder jer sambil tgk tv..hehe
 
senang lah lepas ni main oder jer sambil tgk tv..hehe

aah..tul juga tuh.. tp senang juga klu minta no tepon pekerja kedai runcit bawah bangunan.. call jer oder suh anto no rumah sekian2.. sama jer kn..
 
kos penghantaran mahal rm 5..
 
Back
Top
Log in Register