
7 AMARAN
–misteri kisah benar bakal pelebur..
HYIP & SKIM CEPAT KAYA MANA SATU LEBIH CEPAT KAYA..
“Investment Online” hangat diperkatakan sekarang. Tapi awas silap haribulan anda boleh jadi jutawan segera atau hidup jadi miskiwan segera mana satu pilihan anda!!!!!.
Modus Operandi: alamak macam CSI lak..
1) Bina laman web canggih security setebal tembok pagar rumah aku…terbukti kini..dgn kepakaran teknologi boleh dibuat dirumah aje…buat apa2 susah nak sewa pejabat. AKU PUN BOLEH BUAT…
2) Kayakan “orang pertama masuk 1 orang ke atau 7 orang ke sekali jalan janji nama dia Ahmad, Ahlong yang ke no.8 ” daripada sini dengan sendirinya ia akan bergerak dan menarik minat ramai…siapa yang tak nak kaya…sekelip mata..oooi cik adik..
3) Formula1 nya senang aje orangramai akan mula melambakkan duit mereka yang simpan dibank, dalam kocek, dalam tabung ayam, itik, gajah, pinjam bank, pinjam kawan, pinjam mak mentua, pinjam along, gadai tanah, gadai gelang, jual lembu & kambing apa-apa aje janji boleh dilabur, besi kat jalan pun jadi jugak pasal nak melabur…nak cepat kaya…mana boleh tunggu..
Contoh Mudah : 1,000,000 juta orang melabur USD20 sahaja cukup
Jumlah Besar =USD20,000,000 kemana duit ini nak dibuang….ingat nak bagi kat korang…lah sikit..anda lihat apa yang saya nampak…$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
4) Pilihlah orang yang pandai cakap, promosilah lebih sikit, kayakan mereka dulu…
5) Cukup bulan 1 ke, 2 ke, 3 ke tutup kedai…duit dah penuh tak larat nak bawa dah…buat apa nak tanggung masalah orang…sendiri lepaslah….
6) Para pelabur mula kelam bin kabut laman web sudah tutup dah….
7) Duit dah berlebur takan kembali…orang atas pun cakap nak melabur kena berani tanggung risiko…aku nak belah…itulah harapan..diorang ni bagi kat kita…..BERINGAT SEBELUM KENA…DAH KENA TIADA GUNANYA LAGI…
Bukan tak boleh melabur…boleh tapi biarlah banyak bertanya…kalau berani tiada salahnya…nak maju kena tanggung risiko…tapi kalau risiko macam diatas tu…bukan risiko namanya tapi gali lubang masuk lubang…..fikirkanlah..!!!!!!!!!!!!!
Wasalam…

(