BTC USD 81,728.9 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutan Amazon Semakin Membara & Tenat

29kebakar_1574994308.jpg


Gambar fail, api yang marak membakar hutan Amazon berhampiran Lebuhraya Itaituba, Brazil. - Foto AFP
​
Empat sukarelawan bomba dituduh mulakan kebakaran Amazon dibebas


BRASILIA : Seorang hakim Brazil membebaskan empat sukarelawan bomba yang dipenjara minggu ini atas tuduhan memulakan kebakaran di hutan Amazon bagi membolehkan kutipan derma dilancarkan.

Peguam mewakili kesemua tertuduh, Michell Durans mengesahkan bahawa keempat-empat tahanan sudah dibebaskan semalam atas perintah hakim.

“Keadilan sudah dikembalikan,” katanya.

Kesemua lelaki itu bertugas di kawasan Alter do Chao di utara negeri Para yang menyaksikan kebakaran hutan berskala besar awal tahun ini.

Polis negeri Para menahan kesemua sukarelawan itu Selasa lalu sebagai langkah pencegahan, ketika mereka menyiasat punca kebakaran dan menyerbu pejabat pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Projek Kesihatan dan Kegembiraan dalam operasi sama.

Menurut polis, Briged Bomba Alter do Chao merakam foto dan merekod video kebakaran dimulakan dengan sengaja itu dan menggunakan ia bagi mengutip derma, termasuk seorang individu yang menyumbang AS71,489.85 (RM298,227.13) kepada pertubuhan terbabit.

Ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengutuk keras penahanan itu dan berkata, ia adalah antara cubaan kerajaan untuk menyerang kumpulan alam sekitar.

Pada Rabu, syarikat kosmetik, Natura yang bekerjasama dengan Kegembiraan dan Kesihatan tahun lalu untuk menyediakan bahan lestari bagi produk mereka, menyuarakan rasa prihatin berhubung serbuan serta penahanan itu.

Selepas kebakaran hutan Amazon mencapai kemuncak sejak 2010 pada Ogos lalu, Presiden Jair Bolsonaro yang berhaluan kanan mendakwa, ia mungkin dicetuskan NGO alam sekitar.

Pakar sains dan aktivis mendakwa ia berpunca daripada perbuatan penjual tanah, peladang dan petani yang menggunakan kaedah pembakaran bagi meneroka hutan untuk tujuan pertanian.

Mereka berkata, ia berpunca daripada galakan diberikan Bolsonaro untuk mempromosikan pembangunan berbanding pemuliharaan. - Reuters


 
Back
Top
Log in Register