BTC USD 82,537.9 Gold USD 4,194.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman Merogol

jgn memandai sgt.. tt tnya ikut ISLAM.. jgn jawab acuh x acuh..

aku x brani nak kata.. tp yg aku pasti hukum ISLAM akan adil wlau apa jua cubaan utk memusykilkan hukumanNya..
 
tt sengaja nak kaitkan ngn kes anwar xmo bg dna walaupun rekod dna dsai yg lama masih leh digunakan,langsung xberubah pun... saiful xde saksi,dah tu najib lak wat spoil,kejap kate saiful dtg mengadu halkene liwat,kejap ckp dtg mintak biasiswa...:eek: tt tahu jwpn kpd soalan dia,tp wat2 xtau,berlagak bangggang utk membannggangkn org lain...nice try:p

Kalau tak faham hukum, tak perlu konar2... baik duduk diam2 belajar dari orang2 lain yg akan turut sama contribute dalam memberikan pencerahan... kalo dah pandai sangat, masuk sini berikan penerangan bukan konar pasal politik.. hang ni hidup nya makan, tidur, berak dengan politik je ke tiap 2 hari :) Ada ke nampak ni section politik? Karang orang kata bonggok marah pulak :)
 
Last edited:
jgn memandai sgt.. tt tnya ikut ISLAM.. jgn jawab acuh x acuh..

aku x brani nak kata.. tp yg aku pasti hukum ISLAM akan adil wlau apa jua cubaan utk memusykilkan hukumanNya..

Exactly... dari jawapan sesetengah forumer pun kita dah tahu betapa sebenarnya ramai hanya pandai nya setakat cakap je Hukum Islam-Hukum Islam, tapi apa itu hukum Islam sebenarnya haram tak tahu...

So nasihat saya, kalau ada sesiapa tak faham dan nak faham, atau ada sesiapa yg dah faham dan nak contribute sini, dipersilakan... inshaAllah kita sama2 belajar, mudah2an bertambah ilmu dan pahla kita...

Bagi yg hidupnya hanyalah tau makan, tidur, berak, main dengan poltitik je... baik pi jauh2.. krang ada yang kena maki, kena sumpah seranah, jangan marah :)
 
boleh bunuh hanye jika perogol tu dah kahwin

kalau tak jgn memandai nk ltk hukum manusia
 
kenapa tak masuk dalam section agama :-?
 
OK so mengikut hukum takzir macam mana?

HUKUM TA’ZIR



1. Pengertian ta’zir.

(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.

(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.



3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.

(a) Nasihat;

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

(b) Teguran;

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

(c) Ancaman;

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

(d) Pemulauan;

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

(e) Perisytiharan umum;

Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

(f) Denda dan merampas harta;

Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

(g) Penjara;

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.

(h) Sebat;

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.

(i) Bunuh;

Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

(j) Buang daerah;

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
 
Back
Top
Log in Register