BTC USD 82,358.4 Gold USD 4,198.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum mempercayai horoskop

SilentSkill

Fun Poster
Messages
244
Joined
Dec 27, 2010
Messages
244
Reaction score
71
Points
20
Rahsia Tarikh Lahir - Syirik&Sesat
Hukum Membaca dan Mempercayai
Horoskop/Zodiak
Horoskop dan Astrologi ialah ilmu yang
digunakan bagi mencari maklumat serta
ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-
bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang
manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti
ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan
media massa terutamanya yang disasarkan
kepada golongan remaja.
Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI
KONONNYA yang dapat menentukan ramalan
personaliti seseorang, sifat peribadi dan
ramalan nasib bulan-bulan dalam
kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir
di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga
22 November merupakan mereka yang
dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan
mempunyai personaliti serta peribadi ramalan
tertentu.
Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan
hukum mempercayainya ialah haram dan
berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn
Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu
bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah
mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang
setiap kali bertambah ilmu bintangnya
(berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah
ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh
Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
SOLAT mereka yang membaca ramalan
bintang sama ada di akhbar, majalah atau di
internet tidak akan diterima Allah selama 40
hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya
kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa
dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik
Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara
itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-
Qardawi mengenai hukum membaca ramalan
bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak
membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap
tidak diterima selama 40 hari dan jika
membaca serta membenarkan pula ramalan
itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada
ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan
tujuan untuk membantah, menjelaskan dan
mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut
malah menjadi wajib kerana tujuan memberi
pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan
menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan
bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan
perkara main-main atau seronok-seronok
kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,"
katanya.
Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram
menurut kesepakatan ulama dan membawa
kepada kufur serta terbatal iman. Maka di
dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah
para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan
tidak mempercayai apa-apa dari ramalan
bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran
dan dipenuhi kedustaan dan penipuan
sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita
yang mendekati kebenaran.
 
Back
Top
Log in Register