BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HUKUM membunuh Semut

bgus tt..
br tau ari nie haram bunuh semut..
good info..
 
aku terbaca artikel nie dalam forum di kedai sebelah..rasa mcm menarik utnuk di kongsi dengan rakan rakan

Soalan:
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Zaim, Jasin

Jawapan:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam.

Kredit to adeqshah

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadith Riwayat Abu Daud dgn rangkaian perawi yg tsiqah)

Tarjih:
Dari dalil & hadith2 ini, para fuqaha mengeluarkan bbrp hukum. Ulama mengklasifikasikan bahawa semut yg dimaksudkan itu ialah semut yang besar spt semut2 yg disebut oleh Nabi Sulaiman A.S. Semut yg besar dilarang dibunuh tanpa ada alasan yg munasabah. Manakala semut yg kecil diharuskan bunuh. Fuqaha maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dgn alasan yg tidak munasabah. Ini diasaskan kpd kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan/memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.

Wallahua'alam.
 
btul2 :D aku igt aku pnh tny ustazah aku tme kcik2. aku tny klo wat dosa kcil tu cmne. dia kte dosa kcil klo kte bnuh smut. aku tny lg. lpas tu klo kte bnuh semut byk2? ustazah tu kte jd r dosa besa :D


wallahualam :)
 
klu spray dan mematikan atas dasar hati tidak mo mudarat
masuk telinga ker
semut masuk reputkan perabot
masuk makanan
tidak mengapa rasanya
 
Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadith Riwayat Abu Daud dgn rangkaian perawi yg tsiqah)

Tarjih:
Dari dalil & hadith2 ini, para fuqaha mengeluarkan bbrp hukum. Ulama mengklasifikasikan bahawa semut yg dimaksudkan itu ialah semut yang besar spt semut2 yg disebut oleh Nabi Sulaiman A.S. Semut yg besar dilarang dibunuh tanpa ada alasan yg munasabah. Manakala semut yg kecil diharuskan bunuh. Fuqaha maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dgn alasan yg tidak munasabah. Ini diasaskan kpd kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan/memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.

Wallahua'alam.




terima kasih,atas pencerahan yg lebih mendalam
 
Tak tau la pada korang macamana,
biasanya kalau semut tengah gigit aku, aku tak bunuh
sebaliknya baca "Laa haw lawala quwwata illabillah"
terus macam lipas kudung dia melarikan diri.kelakar jugak tgk gelagat semut lari tak tentu arah mcm bersalah.
 
gune la spray serai wangi..pasti semut tak datang lagi..spray kat laluan die..semut tak suke bau serai wangi..ehh..ye kot..
 
baru aku tau semut xdigalakkan dibunuh. ok2. mulai ari ni, aku cuba sedaya upaya xmembunuh lg. hari2 gak la aku membunuh ni. rase cam dah jadi pembunuh lak skg.
 
btul2 :D aku igt aku pnh tny ustazah aku tme kcik2. aku tny klo wat dosa kcil tu cmne. dia kte dosa kcil klo kte bnuh smut. aku tny lg. lpas tu klo kte bnuh semut byk2? ustazah tu kte jd r dosa besa :D


wallahualam :)

cikit2 lama2 jadi bukit:D:D
 
Back
Top
Log in Register