BTC USD 82,965.3 Gold USD 4,171.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Melancap(Onani) 2

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
kredit kpd matgori (sambungan drp thread anda yg telah ditutup):
diharapkan selepas ini dapat berdiskusi secara sihat.
insya-Allah.


Pertanyaan:
Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?


Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Rujukan:
Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.
 
Salam,

pelajaran dan info yang diberi oleh TT dah cukup bagus, cuma makin lama makin merepek thread ni dengan post2 yang tak sesuai berada di section Religion. So harap sila buat posting yang sesuai dengan section selepas ini, ni kan religion section tak elok kita sembang tak kena tempat.. CLOSED k..

Thanks

sila ikut arahan admin.
terima kasih kerana memberi pandangan.
salam.
 
Sebaliknya mari kita fikirkan kenapa remaja kita baik lelaki mahupun perempuan cenderung kepada perbuatan melancap ataupun beronani ini...
sedangkan gejala melancap ini berlaku dari bangku sekolah lagi sehinggalah ke alam pekerjaan...?
 
adakah TT sudah insaf?? alhamdullilah klu mcm tu
 
aku tolong cnpkan di sini... :))

1. jangan ada couple, bila ada couple, kemudahan 'imagine' adalah tinggi, bahaya - dan orang couple bukan lagi buat dosa melancap, tapi biasanya buat pra-zina, bukan!!!, biasanya BERZINA TERUS!!!-naduzubillah., kena sebat 100 kali sebatan!


2. Kahwin cepat, isteri melancap untuk kita-takpe.


3. berpuasa-sukar tapi berkesan.


4, banyakkan beriktikaf!!!! (sangat bagus untuk student, study di masjid, tidur di masjid)


5. Jangan bersendirian, dosa amat sukar di tahan bila di tempat sunyi..oh!


6. beribadatlah hingga LETIH....berpeluh...pasal dosa melancap, aku tak tahu, ..selamat belajar!!!

kelakar betul yg no.2 tu :eek:
 
Back
Top
Log in Register