lautbiru
Active Member
- Messages
- 1,630
- Joined
- Jun 8, 2010
- Messages
- 1,630
- Reaction score
- 335
- Points
- 41
Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdullillah

SELAMAT BERPUASA....RAMADHAN KAREEEM...

Saya dapati...masih ada antara kita yg kurang jelas tentang hukum "melafazkan niat"..baik niat utk Solat atau yg fofular sekarang..PUASA...
Ada yg tanya.." KENAPA MENYEBUT NIAT SEDANGKAN TEMPATNYA DI HATI" ?...
JAWABANNYA : BETUL...TEMPAT NIAT DI HATI....
Tetapi..."MELAFAZ NIAT"..Terutama bagi kita org ajam ( Orang yg mother tg nya bukan Arab"....Kita melakukan "LAFAZ NIAT" ni...bagi MENOLONG HATI!
Dalam "NIAT"...ada komponen komponen yg kita nak sahkan...iaitu....misalnya..."Apa ibadat yg kita nak buat tu..?"..."WAJIB KE SUNAT?"..."kalau solat...solat apa?...magrib ke...asar ke?.." (
) ...memang kelakar..tapi ada org yg fikiran melayang...angkat Takbir,.solat zohor tapi entah apa yg diniatkan sampai sudahnya tak ingat rakaat..
) )
So...BASICALLY....
" MELAFAZKAN NIAT DI LIDAH HUKUMNYA SUNNAT KERANA IANYA BOLEH MENOLONG MEMANTAPKAN HATI DAN MENOLAK WAS - WAS. APA ERTI SUNNAT, DIBUAT DIBERI PAHALA, JADI ELOKLAH KITA YANG BERMAZHAB SYAFI`I MELAKUKANNYA"
Bagi rujukan yg lebih baik...saya bawakan drp kalam ulama ulama yg Muktabar...Insyaallah...
"al-Fiqh 'alal Madzahibil Arba`ah" karangan Syaikh 'Abdur Rahman al-Jazairi
DISUNNATKAN melafazkan dengan lidah akan niat (yakni niat sembahyang) seperti dia mengucap dengan lidahnya, sebagai contoh : "Usholli Fardhadzh-Dzhohri", kerana pada yang sedemikian itu peringatan bagi hati (yakni dengan melafazkan niat boleh mengingatkan hati akan perbuatannya mendirikan sholat itu)........... Dan hukum ini disepakati di sisi mazhab asy-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah (yakni melafazkan niat ini hukumnya sunnat pada mazhab kita, Syafi`i dan mazhab Hanbali).
Bagi mazhab Malikiyyah dan Hanafiyyah, melafazkan niat tidak disyariatkan pada sembahyang, melainkan apabila adalah musholli itu orang yang bersifat was-was.
Dalam mazhab Malikiyyah hukum melafazkan niat bagi orang yang tidak was-was hukumnya KHILAFUL AWLA, tetapi bagi yang was-was DISUNNATKAN.
Dalam mazhab Hanafiyyah, melafazkan niat itu adalah bid`ah dan dipandang baik untuk menolak was-was (yakni bid`ah hasanah).
Saya juga ada terbaca satu nota yg ditulis drp seorg yg saya kenali...drp apa yg diajar oleh gura saya (Ustaz Azhari ni guru saya masa kecil dulu....sayu rasanya bila teringat Ustaz...Walau pun dah terlalu tua dan uzur....Dia masih mengenali saya sewaktu saya solat Tarawih di Masjid Ridzuaniah ..& sempat saya memeluk beliau...kenangn ketika hampir dah beliau berpulang mengadap kekasih..
"al-Marhum Ustaz Azhari Kuala Kangsar (Semasa mengajar Matla'ul Bahrain,) beliau juga mengatakan bahawa hukum asalnya adalah sunat, tetapi kemudian menambah dengan menyatakan pendapat Imam Nawawi yang mengatakan ia boleh jadi wajib, untuk orang 'ajam terutamanya, sekiranya kalau tanpa melakukan lafaz niat itu susah atau tidak dapat terlintas niat itu pada hati. Kami tidak tahu dari kitab mana dia kutip kata2 Imam Nawawi itu. Ini adalah satu daripada beberapa fatwa Imam nawawi yang tidak masyhur dalam mazhab yang kami dapat drpdnya. Waalahu ta'ala a'lam bis sawab. al-Fatihah buat nenda kami."
TAMBAHAN :
1. “Dan niat itu di dalam hati. Dan sunat (mandub) mengucapkannya sebelum takbir.”
(Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (Imam Nawawi) , Minhajut Tholibin, Bab Sifat Solat).
2. “Dan sunat (mandub) mengucapkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir, gunanya supaya lisan dapat menolong hati, juga kerana ada orang yang mengwajibkannya, dan pula diqiyaskan kepada apa yang terjadi dalam mengerjakan haji.”
(Imam Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfatul Muhtaj, Juzuk 2).
3. “Sunat mengucapkan yang diniatkan itu seketika sebelum takbir, gunanya supaya lidah dapat menolong hati, untuk menjauhkan waswas dan jangan terlalu jauh dari ulama’ yang memfatwakan kewajibannya.”
(Imam ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj, Juzuk 1).
4. “Dan sunat mengucapkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir, gunanya supaya ucapan itu dapat menolong mennyegerakan niat ke dalam hati dan juga untuk menjauhkan waswas.” (Imam Khatib as-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Juzuk 1).
5. “Dan mengucapkan niat seketika sebelum takbir, supaya bacaan dapat menolong hati.”
(Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori, Fathul Wahab, Jilid 1).
6. “Dan sunat mengucapkan yang diniatkan sebelum takbir, gunanya supaya bacaan dapat menolong hati, dan supaya jangan terlalu jauh dari fatwa orang yang menfatwakan wajib.”
( Syeikh Zainuddin al-Malibari, Fathul Mu’in, Bab Solat).
7. “Dan telah tetap bagi sahabat-sahabat kita, bahawa sunnat melafazkan padanya (ya’ni lafaz niat sebelum takbir), dan mengqiyaskan sebahagian ulama’ dengan apa yang tersebut dalam Sahihain (kitab Bukhari dan Muslim), iaitu hadith dari Anas dan Ibn Umar radhiallahuanhuma.”
(Imam al-Qastholani, Mawahibul Laduniyah, Jilid 2).
Saya kira...cukuplah rujukan rujukan daripada kitab kitab ini bagi menjawab hujah sesiapa yg nak berpegang kata HARAM utk yg melafaskan niat...Terpulanglah...Munkin juga ulama ulama kita dahulu mengambil kira semua termasuk kita org org ajam...tetapi ulama ulama Saudi Muktaakhir memandang semua org sudah fasih dan tak perlu lagi kepada lafaz niat?...Terpulang...tapi...sekurang kurangnya....kita mempunyai ilmu dan asas yg cukup dalam melakukan amalan...
Selamat Beramal...