demuara
Fun Poster
- Messages
- 356
- Joined
- May 31, 2009
- Messages
- 356
- Reaction score
- 35
- Points
- 20
HUKUM KONGSIRAYA
Aura ‘Idulfitri masih lagi dapat dirasakan dalam bulan Syawal 1430H ini. Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia di mana ‘rumah terbuka’ menjadi salah satu acara yang mewarnai kemeriahan Syawal, dari awal bulan sampailah ke penghujungnya.
Apa yang menjadikan Syawal ‘luar biasa’ di Malaysia ini adalah fenomena yang muncul semenjak terjadinya tarikh perayaan serentak tiga kaum yang terbesar di negara ini.
Akibat tindakan sang pemimpin, maka muncullah konsep kongsiraya yang tak pernah dikenal oleh umat Islam sebelum ini. Istilah gongxiraya dan deeparaya menjadi buah tutur masyarakat.
Konsep ‘rumah terbuka Malaysia’ diperkenalkan secara besar-besaran di mana setiap kaum diseru meraikan perayaan bersama-sama.
Hasilnya, segelintir umat Islam mula menyambut dan meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain lagi bersama-sama.
Kemalasan dan kejahilan umat Islam di dalam mengkaji dan memahami hukum syarak telah menyaksikan saban tahun mereka bercampur dengan golongan kuffar dalam meraikan kongsiraya.
Toleransi dan perpaduan menjadi alasan utama golongan ini bagi menjustifikasikan perbuatan mereka. Sang pemerintah pula tidak habis-habis mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa sahaja dari umat Islam yang ‘menentang’ amalan kongsiraya ini, maka mereka akan termasuk ke dalam golongan ‘ekstremis agama’.
Ternyata, fatwa hebat ini telah berjaya menakutkan sesetengah golongan rakyat manakala sesetengah golongan lagi menelannya bulat-bulat.
Keadaan semakin parah dan bertambah celaru apabila ada sejumlah ’ulama’ atau ’tokoh Islam’ yang turut terlibat di dalamnya, malah mereka ‘mensahkan’ sambutan kongsiraya tersebut dengan pelbagai dalil dan dalih yang telah disimpang-siurkan sedemikian rupa.
Kebelakangan ini, parti politik Islam pun tidak terkecuali mengadakan majlis terbuka bagi meraikan perayaan tiga kaum/agama ini serentak, walhal dulu mereka menentang amalan ini habis-habisan kerana bertentangan dengan hukum syarak.
Natijah dari semua ini, walaupun tarikh raya tiga kaum di Malaysia kini sudah tidak lagi sama, namun konsep ‘kongsiraya’ masih tetap di amalkan kerana kejahilan yang masih membelit umat Islam.
Yang lebih memualkan, ia di adakan bukan atas dasar kejahilan, namun untuk meraih maslahat politik (political milage) tertentu darinya.
Halal dan haram sudah dicampak ke tepi oleh mereka dan maslahat politik telah menjadi satu-satunya tolok ukur.
Nampaknya gagasan liberalisme dan pluralisme di bawah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri telah berjaya merasuk pemimpin parti Islam.
Sautun Nahdhah kali ini akan mengungkap kepincangan dalam persepsi dan penerimaan kaum Muslimin terhadap perayaan dan upacara keagamaan kaum kuffar serta memberikan pandangan Islam dalam permasalahan ini.
Semoga hidayah Allah tercurah ke atas mereka yang ingin kembali ke jalan yang benar.