BTC USD 63,768.5 Gold USD 4,478.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hukum khalwat

merujuk kpd 3 elemen yg menyebabkn pertuduhan td,kalu masa kejadian tu pintu umah terbukak,maka x tersabit akta tu,sbb premis tu terbuka,sekaligus mengenepikn elemen syak...maka dakwaan mnjadi lemah...
 
cakap kat dia lain kali bukak pintu.. jgn tutup pintu tu, tapi tutup grill boleh.. pastu bukak semua lampu depan rumah.. kalau dia nak charge gak taktau la pulak camne..

lampu ruang tamu buka.tapi dah lewat malam sebab tu tutup pintu..
 
boleh sy tau sape yg buat tangkapan? JAWI? JAIS atau jabatan agama negeri mane?:-?:-?

jaij johor dengan polis..siap ada surat saman..
Mana2 lelaki brsame 1 atau lebih perempuan,ataupn mana2 permpuan yg brsame 1 atau lbih lelaki yg bkn mahram berada di dlm 1 premis (rumah,pejabat,stor dsb) yg tertutup dn mendtgkan syak wasangka,maka ianya boleh didakwa atas kesalahan berkhalwat yg mana hukumannya denda rm3k atau 2 tahn penjara,atau kedua2nya skali jika sabit keslhn...

elemen khalwat yg membolehkn ia didakwa ialah:

1-lelaki n perempuan bkn muhrim(ibu dan adik lelaki ada bersama.)
2-berada dlm premis yg tertutup(rumah keluarga)
3-boleh mndtgkn syaktangni dia ada kata tapi bukti kukuh hanya pintu tertutup dan lampu dapur gelap
 
implikasi sekiranya die disabitkn keslhn adlh lbih teruk sekiranya die penjawat awam, kalu dh sah jwtn akn dikenakan tindakan tatatertib,kalu blum sah jwtn boleh diberhentikn kerja...(bergantung kpd budi bicara ketua jbtn)

dia kerja swasta..tetapi pegawai yang datang dari daerah lain(contoh pegawai dari pasir gudang tapi tangkap kat pulai)


agak2 kalau kita mengaku salah untuk pendekkan kes serta buat rayuan denda senang ke?
 
woit,kt Johor rupenye....family dlm rumah ade pn bleh kene tangkap khalwat ke...
 
kalau tangkapan dibuat atas laporan dan tanpa bukti walaupun telah dicari?tetapi tetap ditangkap dan diberi notis mahkamh dan denda rm 3000.


bukan apa..takut pegawai menyalahgunakan kuasa..

Pegawai agama ni memang mengong.Ego tak bertempat.Patut diluku je kepala dia tu.Tau nak glamer tangkap org je.Byk lagi kes maksiat yg tak dijaga oleh mereka ini.

Geram seh...
 
dia kerja swasta..tetapi pegawai yang datang dari daerah lain(contoh pegawai dari pasir gudang tapi tangkap kat pulai)


agak2 kalau kita mengaku salah untuk pendekkan kes serta buat rayuan denda senang ke?

Kalau tak bersalah lawan balik.Kemudian saman pegawai agama tu balik sebab buat kerja tak guna kewarasan.Saman je pegawai tu RM10juta ka...

Kalau betul keterangan yg ko berikan , jgn mengaku bersalah.Lawan je.
 
Kalau tak bersalah lawan balik.Kemudian saman pegawai agama tu balik sebab buat kerja tak guna kewarasan.Saman je pegawai tu RM10juta ka...

Kalau betul keterangan yg ko berikan , jgn mengaku bersalah.Lawan je.

10 juta??
:o:o:o:)):))

sebab tu nak tanya kengkawan macam maner hukumnya..
 
woit,kt Johor rupenye....family dlm rumah ade pn bleh kene tangkap khalwat ke...

kat johor bro...kalau tangkap kat danga lagi bagus apa..ni rumah keluarga yang semua ahli ada dia duk serbu..

tak paham saya...
 
ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995
BAHAGIAN IV - KESALAHAN


Seksyen 84. Khalwat.

(1) Seseorang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya selain daripada isterinya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang perempuan yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya selain daripada suaminya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Seseorang lelaki yang didapati bersama-sama dengan lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau bukan mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang terasing dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(4) Seseorang perempuan yang didapati bersama-sama dengan lebih daripada seorang lelaki yang bukan suaminya atau bukan mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang terasing dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(5) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana perempuan yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dimasukkan ke suatu rumah kebajikan selama tempoh tiga tahun.

sumber: http://www2.esyariah.gov.my/esyaria...5ff90b89cefe9afd482570f10015d1d5?OpenDocument
 
Back
Top
Log in Register