Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Hukum K . A . L . A . U
anasameen
Perkataan 'kalau' ada bezanya dalam dunia Islam, yang tak akan pernah sama dengan barat. Mohon dikongsi ilmu tersebut dengan sokongan nas dan hadith. Syukron kathir
khaira_umairah
Bismillah Wa Syukrillah
Saya pernah mendengar perbahasan tentang penggunaan perkataan "kalau" ini. Apabila kita menggunakannya, seolah-olah kita tidak berkeyakinan dan syaitan la'natullah akan mengambil kesempatan ke atas kita akibat penggunaan perkataan ini dengan menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam diri kita. Mengenai hadith yang menyokong mengenai perkara ini masih dalam pencarian, Insya'Allah.
khaira_umairah
Bismillah Wa Syukrillah
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
tasnim_zue
erm..
hukum kalau ni kan..
ana ingat lagi pesanan ustazah an semasa berada di tingkatan 5 dulu..
perkataan kalau ni tak boleh diucapkan apbila sudah berlaku sesuatu kejadian contoh apabila berlaku kemalangan atau kematian, kita menyesali dan berkata "kalaulah aku halang dia pergi, pasti dia masih sihat @ masih hidup saat ni..."
samalah seperti kita tidak yakin akan ketentuan-Nya.....
wallahuallam..
khaira_umairah
Bismillah Wa Syukrillah
Huraian mengenai hadith ini riwayat Imam Muslim:-
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Allahu a'lam.
mohdazri
kalau ni amat berkaitan dengan keyakinan kita kepada Allah s.w.t,sy amat setuju dengan pendapat2 seperti diatas.sebagai umat Islam jangan lah banyak sangat berkalau,kalau tau pun jangan guna langsung.jadilah mukmin yg sentiasa yakin dengan Allah dan sentiasa redha dengan Allah.
Riot_heroes
perkataan "kalau" ni tiada dalam kamus hidup seorang Muqmin ...
SiNaR aBaDi
Salam
Alhamdulillah diatas perkongsian. Ana, pernah dengar juga perkataan 'kalau' tidak boleh digunakan. pernah terbaca hadith.
msa
Ustaz saya pun pernah sebut ni. Yang tak boleh ucap 'kalau' ni khas untuk perkara yang dah lepas...seolah2 kita menyesali apa yang dah berlaku, kerana ia membuka pintu kepada syaitan untuk menusukkan perasaan ragu2 kepada kita dan tidak yakin dengan qada' dan qadar Allah ke atas kita...wallahu 'alam
najali
salam..perkataan 'kalau' ni akan pertikaikan qada' dan qadar..
'kalau' tidak boleh digunakan ke atas suatu perkara yg dh terjadi..
Wallahualam
anasameen
Syukron diatas responnya, saya nak kongsi sedikit.
Maksud satu hadith: Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Tiap-tiap merreka memiliki kebaikan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana, janganlah berkata "Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini", tetapi (katakanlah), "Allah yang telah mentakdirkannya". Apa-apa sahaj yang Allah kehendaki akan dibuatNya. Sesungguhnya, ungkapan "kalau" itu membuka peluang kepada syaitan. (HR Muslim)
SiNaR aBaDi
perkataan diatas, kita sedar dan redha dengannya, InsyaAllah apa jua yang dihadapi akan diambil mudah (tiada penyesalan dan tiada kegelisahan).
Itulah antara yang menguatkan diri bila dirundung rasa lemah dan bila ujian datang. Alhamdullillah, syukran berkongsi hadith.

Riwayat Muslim

Nota - Ini adalah perbualan Forum.![]()