BTC USD 82,979.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hukum bunuh cicak

Siti tak la pandai sangat
ilmu pun tak banyak

Siti try jawab ikut apa yang Siti pernah belajar dari mursyid2 agama

  1. Semasa nabi Ibrahim dibakar dalam bara api, semua penduduk dah bersurai sebab menyangkakan nabi Ibrahim pasti dah mati..tapi tiba2 kedengaran bunyi suara ciccak yang sangat nyaring berdecit banyak kali, jadi penduduk2 cari bunyi yang nyaringtu, cari2 sampai akhirnya bara api padam, nampak la kat situ Nabi Ibrahim A.S yang tak cedera langsung, dan ada cicak2 atas kayu api situ




  2. Semasa Rasulullah SAW dan saidina abu bakar berlindung dalam gua semasa peristiwa hijrah, spider dah buat jaringan sarang di lubang tempat Rasulullah sembunyi, jadi orang kafir tengok sarang tak berusik, mereka yakin takde orang dalam lubang..tetiba2 terdengar bunyi cicak nyaring dan kuta dari dalam lubang..jadi orang kafir patah balik n jenguk lagi dalam lubang.,..alhamdulilah ALLAH lindung nabi kita, maka nabi Muhammad SAW selamat berhijrah ke madinah dan memulakan era tamadun ISLAM yang cemerlang lagi gemilang





  3. Cicak ialah haiwan yang sentiasa menabur najisnya, dia buang dari siling rumah, kena lantai, kena makanan, kena pinggan...umat ISLAM hari ni yang tak ambil berat soal najis, mungkin tak tahu yang itu najis, maka tak disucikan dengan betul...maka umat ISLAM makan dari bekas yang ebrnajis, solat atas lantai bernajis, makan makanan yang bernajis, bagi anak2 dan suami makan makanan bernajis dalam pinggan bernajis, maka sebab tu hati orang sekarang keras dan gelap, susah nak terima ilmu dan mudah cenderung kepada maksiat, antara sebabnya ialah banyak tercampur najis, itu kita baru cakap dari sudut rumah individu, belum lagi sembang dari sudut perindustrian yang lagi banyak cicak menabur najis di situ dan pekerja tak ambil berat.

betul2...kalo nak tau ape musibah cicak ni pada manusia...test letak cicak kat umah....buat2 bela....kaji sebulan dua...amik buku log ...berape najis die buang sehari..?die buang kat mne?bertelur berapa kali...then kalo kolony die da banyak pe yg die mampu buat??bile 2,3 spesis cicak pulak join...hhaaa baru tau kenape bunuh cicak....kadang2 manusia x bly berfikir pada logik sahaja...kalo salah sile betulakn...
 
owh..berdasarkan cerita tersebut..maka agama islam menyuruh bunuh cicak..ehehe

ni kira macam akibat nila setitik..habis susu sebelanga yer..

sebab cicak seekor..habis semua keturunan cicak dimusuhi..:))

saya berasa sungguh hairan..cerita seperti ini pun boleh dipercayai dan dijadikan sumber hukum..

saudara-saudara percayakah seorang utusan Allah..yang dikatakan berakhlak terpuji dan rahmat bagi sekalian alam berbuat seperti itu..

hanya kerana seekor binatang yang tidak berakal melakukan sesuatu yang tidak disukainya..diarahkan semua pengikutnya untuk membunuh segala keturunan binatang tersebut..

kalo dilihat..anda nie kalo seorang ISLAM dah perlu mengucap n bertaubat dah nie.. saya memahami pengikutnya itu ditujukan kepada Rasulullah..boleh pula anda tidak langsung menghormati gelaran AL-Amin..gelaran yg terpuji..

u jangan dok hasut2 dok cakap saudara2 percayakah seorang utusan Allah... ini sudah sensetif dah nie..berforum pon ada batasnya..jangan terlalu jahil n menyakiti serta menaikan kemarahan org lain..
 
Benar, membunuh cicak hukumnya adalah SUNAT. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim meletakkan bab “Sunat Membunuh Cicak.” Ini berdasarkan beberapa hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. antaranya, di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Sa’id bin al-Musayyib (سعيد بن المسيب) yang Umm Syareek (أم شريك) menceritakan kepadanyabahawa Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk membunuh cicak-cicak (الأوزاغ). Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan:


كان ينفخ على إبراهيم عليه السلام


Maksudnya: “Cicak itu meniup (utk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.”

Di dalam sahih Muslim dari jalan Abdul Razzak, katanya menceritakan kepada kami Ma’mar (معمر) daripada al-Zuhriy (الزهري) daripada ‘Amir bin Sa’ad (عامر بن سعد), daripada bapanya, bahawa Nabi S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai (فُوَيْسِقٌ) yang bermaksud Pembuat Kerosakan.

Di dalam hadith yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadith di dalam sahih Muslim daripada Abu Hurairah R.A. katanya: Nabi S.A.W. bersabda:


من قتل وزَغة في أول ضربة فله كذا وكذا حسنة . ومن قتلها في الضربة الثانية فله كذا وكذا حسنة لدون الأولى وإن قتلها في الضربة الثالثة فله كذا وكذا حسنة لدون الثانية


Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesuapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua.”

Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:


عَنْ سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَتْ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا مَوْضُوعًا فَقَالَتْ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا قَالَتْ نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الأَوْزَاغَ فَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَنَا أَنَّ إِبْرَاهِيمَ لَمَّا أُلْقِيَ فِي النَّارِ لَمْ تَكُنْ فِي الأَرْضِ دَابَّةٌ إِلا أَطْفَأَتْ النَّارَ غَيْرَ الْوَزَغِ فَإِنَّهَا كَانَتْ تَنْفُخُ عَلَيْهِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِه


Maksudnya: “daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah (سَائِبَةَ مَوْلاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ) yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertenya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

Wallahu a’lam. bs
terima kasih ahmadyaasin:)cgrock:)cgrock
 
sunat dibunuh sebelom menyebarkan virus mutant cicakman.
 
owh..berdasarkan cerita tersebut..maka agama islam menyuruh bunuh cicak..ehehe

ni kira macam akibat nila setitik..habis susu sebelanga yer..

sebab cicak seekor..habis semua keturunan cicak dimusuhi..:))

maaf en SiNoob..blh sy tau apa agama anda?
dan apa yang disembah oleh anda?
 
kalo dilihat..anda nie kalo seorang ISLAM dah perlu mengucap n bertaubat dah nie.. saya memahami pengikutnya itu ditujukan kepada Rasulullah..boleh pula anda tidak langsung menghormati gelaran AL-Amin..gelaran yg terpuji..

u jangan dok hasut2 dok cakap saudara2 percayakah seorang utusan Allah... ini sudah sensetif dah nie..berforum pon ada batasnya..jangan terlalu jahil n menyakiti serta menaikan kemarahan org lain..

lor..saya hanya buat ulasan saya berdasarkan cerita yang disampaikan sahaja..kalau ada yang salah atau tidak kena..betulkan sahaja..:)
 
Back
Top
Log in Register