BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HP Souce dan Tabasco ada DNA ****

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
HP-Sauce-Tobasco-Sauce.jpg


IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) **** di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguat kuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.

“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA **** itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA **** di dalamnya.

Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.

sumber:http://www.harian-metro-online.com/hp-souce-dan-tabasco-ada-dna-****
 
BUkan kat hotel je la...pasaraya pun ada jual menatang ni.......ape pasal la....kene samak camni!! :((:((:(( Org Mesia dah ramai mkn menatang haram...~X(~X(~X(


Lepas ni MASAK kat umah je la!!!!Sos buat sendiri...mentega buat sendiri, sosej buat sendiri!!!camne nak buat sosej sendiri?? :-?
 
Kejap haram, lepas tu halal balik dan skg haram balik. Pening kepala..
 
Susah susah sangat guna je sosej sendiri kan?:))

BUkan kat hotel je la...pasaraya pun ada jual menatang ni.......ape pasal la....kene samak camni!! :((:((:(( Org Mesia dah ramai mkn menatang haram...~X(~X(~X(


Lepas ni MASAK kat umah je la!!!!Sos buat sendiri...mentega buat sendiri, sosej buat sendiri!!!camne nak buat sosej sendiri?? :-?
 
Kan haritu dah di jelaskan, sample yg di ambil di Labuan tanpa nama pengimpot/pengedar saja yg di sahkan ada DNA barbi, kemungkinan juga tiruan.
Produk yg di jual di Semenanjung ni ada nama pengimpot/pengedar & tiada pun JAKIM menyatakan haram.....
 
Last edited:
Halal Hram dah jadi macam biskut kat Malaysia ni? :(
 
Kan haritu dah di jelaskan, sample yg di ambil di Labuan tanpa nama pengimpot/pengedar saja yg di sahkan ada DNA barbi, kemungkinan juga tiruan.
Produk yg di jual di Semenanjung ni ada nama pengimpot/pengedar & tiada pun JAKIM menyatakan haram.....

Aku dah bubuh attachment surat dari JAKIM kalau nak baca
 

Attachments

Back
Top
Log in Register