Atomars
Active+ Member
- Messages
- 3,287
- Joined
- May 5, 2011
- Messages
- 3,287
- Reaction score
- 105
- Points
- 33
Assalamualaikum, aku bukak thread ni untuk share cara-cara nak repair common issues dan problems kat komputer Apple Macintosh running OS X Lion dan OS X Mountain Lion.
Semua cara yang aku share ni adalah untuk rujukan sahaja. Try at your own risk.
1) Untuk masalah
-Display resolution
-Bunyi speaker
-Startup disk
-Kernel panic
Cuba reset NVRAM dan PRAM
Cara nak reset ialah :
1) Shut down Mac
2) Turn on Mac balik pastu serentak dengan key Command, Option, P dan R.
3) Mac akan restart balik selepas tu, then release key Command, Option, P dan R tadi.
2) Cara nak start dalam Safe Mode
1) Tutup Mac dulu kalau belum
2) Tekan power button
3) Selepas bunyi start, tekan key Shift dan tunggu sehingga progress indicatior keluar (Simple Safe Boot).
atau
4) Selepas bunyi start, tekan Shift+Command+V untuk tengok Safe Boot progress (Advanced Safe Boot).
*Starting Mac dalam safe mode akan mengambil masa yang lebih lama dari startup biasa
3) Cara menggunakan recovery partition untuk repair HDD jika Mac tak boleh lepas boot screen
1) Tekan power button dan Command+R
2) Release sehingga skrin OS X utilities keluar
3) Pilih Disk Utility
4) Pilih HDD/Partition
5) Klik First Aid tab
6) Klik Repair Disk Permissions
7) Klik Repair Disks
4) Cara reinstall OS X (Tanpa delete user files)
1) Tekan power button dan Command+R
2) Release sehingga skirn OS X utilites keluar
3) Connect kat Wi-Fi
3) Pilih Reinstall OS X
4) Install kat Macintosh HD
5) Mac akan restart sendiri selepas habis
*Pastikan Wi-Fi korang laju sebelum membuat reinstall kerana size OS X ialah 4GB keatas.
*Walaupun reinstall tidak akan memadam data user, pastikan korang mempunyai backup terlebih dahalu.
5) Untuk masalah
-Kipas
-Lampu keyboard
-SIL atau status indicator
-Battery indicator
-Display backlight
-Power button
-Mac shut down dengan tiba-tiba
-MagSafe LED yang tidak tepat
-Masalah system performance (seperti Mac yang perlahan dan App stop responding)
-Masalah video
Jika korang mengalami masalah diatas, korang boleh cuba untuk reset SMC.
Cara untuk reset SMC ialah
1) Tutup Mac
2) Pastikan MagSafe telah dipasang di power source.
3) Tekan key ←, Shift, Control, Option dan Power button dengan serentak.
4) Selepas Mac dah on, lepaskan semua key tadi.
5) SMC dah reset. LED MagSafe mungkin hilang sementara atau berubah warna semasa proses ini.
Ada masa nanti aku kongsi tips lagi.
Last edited: