BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Honor Magic Portal Kini Menyokong Shopee, Grab & Trip.com

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Honor menawarkan kemaskini perisian baharu untuk Magic7 Pro melalui peningkatan fungsi pada ciri Magic Portal. Melaluinya, Magic Portal pada peranti tersebut menyokong Shopee, Grab dan Trip.com , seterusnya membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dengan lebih mudah.

HONOR-Magic7-Pro-Magic-Portal-Grab-Shopee-Trip.com-Available-950x1188.jpg.webp


Sebagai contoh, pengguna boleh menempah penerbangan dan hotel dengan pantas menerusi Trip.com. Menerusi Shopee, mereka boleh mendapatkan harga dan butiran sesuatu produk dengan kadar segara. Selain itu, mereka turut boleh menempah kereta dan meneroka restoran menarik menggunakan gerak isyarat mudah melalui Grab. Untuk konteks, Honor Magic Portal merupakan ciri yang memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai fungsi dengan mudah. Ia boleh merujuk kepada aplikasi yang disokong termasuklah tiga platform baharu yang dinyatakan tadi.

Ulasan-Honor-Magic7-Pro-1-950x534.jpg.webp


Selain daripada itu, kemaskini baharu turut memperkenalkan fungsi akses pintu NFC yang membolehkan pengguna membuka pintu hanya dengan menyentuh telefon pada pembaca NFC. Buat masa ini, ia hanya disediakan untuk peranti Magic7 Pro tetapi Honor merancang untuk meluaskan penawaran ini ke peranti lain dalam masa terdekat.​
 
Back
Top
Log in Register