Haha....saya pun macam tuan jugak.....sedang mempertimbangkan nak pakai MPV, niat di hati nak cari Estima atau Wish. Tetapi, semalam dah survey dalam web carlist.my tu, memang kebanyakkan kereta recond. Yang used car pun ada, tetapi tempoh pernah guna kebanyakan hampir 8-9 tahun. Bila perincikan balik, kereta jenis ini bila dah lepas 9-10 tahun, kebanyakkan pulak harga dah jatuh. Let say kita ambik yang 2012, beli 120000 lebih, guna 5 tahun harga dah menjunam.
Fikir punya fikir punya fikir, kriteria kenderaan yang saya perlukan adalah:
1) Ruang kereta yang luas.
2) Bulanan yang tidak membebankan.
3) Kenderaan berekonomi.
4) Nilai kenderaan yang masih tinggi.
5) Low mileage.
6) Potensi kerosakan yang rendah untuk tempoh awal penggunaan.
7) Rekabentuk yang tidak jelik.
So...setakat ini, BR-V memenuhi kriteria diatas.paid