BTC USD 81,256.1 Gold USD 4,030.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Honda BR-V

aku dh tgk keta ni haritu kt aeon mall kota bharu. dpn mmg mantap. pandngan sisi pun mantap. cm blkg burok byk. tayar plak kecik. seat second row klu org tgi cm 175-180cm akn rs kesempitan hidup dlm ni. klu tgi 170 ke bwh ok lg. seat yg third mmg seswai utk anak2 umur 10 thn ke bwh. sbb agak sempit.
ruang luggage plak klu nk ltk bagasi naik kpl trbg dlm 2,3 bagasi blh lg. bagasi yg 24cmx36cm.
 
Warga JB nak test drive personal massage saya..
 
mcm kelakar je rival dgn avanza exora. this is wrong. ko lain jenis
 
Macam Honda Mobilio tapi tak masuk Malaysia.

phpQsHufg-5541ccd1ef9a6.jpg
 
Ringgit lemah, Honda tidak cadang naik harga kereta

Katsuto.transformed.jpg

PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia tidak bercadang untuk menaikkan harga barisan model keluarannya di negara ini meskipun berdepan penyusutan nilai ringgit yang berterusan ketika ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi, berkata pihaknya menaruh keyakinan dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memiliki asas yang kukuh walaupun situasi luaran dijangka kekal mencabar tahun ini.

"Kita yakin kejatuhan ringgit hanya sementara dan ekonomi Malaysia kekal mampan untuk berdepan keadaan mencabar. Malah, berpaksikan jangkaan pertumbuhan ekonomi tahun ini juga, kita optimis dengan pasaran negara ini.

"Sehubungan itu, kita tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menaikkan harga kereta keluaran kami di pasaran Malaysia walaupun Honda turut terkena tempias susulan penyusutan nilai ringgit," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Honda BR-V serba baharu di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Serantau (Asia & Oceania) Honda Motor Co Ltd yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co Ltd, Noriaki Abe; serta Ketua Projek Besar Honda Motor, Atsushi Arisaka.

Mengenai unjuran jualan keseluruhan tahun ini, Hayashi berkata, Honda Malaysia masih belum menetapkan sebarangan angka memandangkan masih terlalu awal untuk diumumkan selain jualan keseluruhan tahun lalu masih belum dimuktamadkan.

Katanya, berdasarkan angka awal, Honda Malaysia berjaya menjual 91,830 unit kereta sepanjang tahun lalu, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 90,000 unit untuk 2016.

"Honda menjadi jenama bukan nasional pertama mencapai posisi nombor dua dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) apabila menamatkan 2016 dengan penguasaan pasaran sebanyak 15.8 peratus.

"Hasil daripada pencapaian ini, Malaysia berjaya mencatat kadar penguasaan pasaran kedua tertinggi di antara operasi Honda di dunia," katanya.

Info:
Jualan keseluruhan Honda di Malaysia

* 2015 - 94,902 unit
* 2016 - 91,830 unit (angka awal)


http://www.bharian.com.my/node/230638
 
kalau hampa p paultan fb.. boleh baca beribu komen dlm tu dok bertekak pasal kategori menatang ni.. ade yg kata suv ade yg kata mpv.. pastu bertekak pulak pasal 2 airbags je dah cukup.. pastu bertekak kata orang 175+cm pun selesa duduk kat 3rd row.. pastu bertekak pasal underpower kalau naik 7 orang.. ade yg kata cukup power naik 7 orang takat nk panjat gunung menora.. haha memacam..
 
mcm2 skeptikal... avanza auto 2005 1.3 cc ok jer pjt genting, cameron, gunung brinchang etc...

nikan lg BRV- honda power of dream 1.5cc lg no doubt...
 
Back
Top
Log in Register