BTC USD 86,414.4 Gold USD 4,135.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Honda Accord facelift 2011

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
hondaaccor.jpg

Antara perubahan facelift yang ditampilkan terhadap Accord 2011 ialah rekaan gril depan baru dengan kemasan krom, bampar rekaan baru lebih segar dan sporty, batang penutup krom pada pintu bonet belakang, seterusnya rim tayar rekaan baru untuk varian 2.4 liter. Sebahagian ciri-ciri nilai tambah lain berupa sensor sudut depan (front corner sensors), kabin interior diperkemaskan semula, dan sebuah kunci penghidup ‘knife-jack’ baru untuk lebih keselamatan dan kemewahan pemanduan.

Di bahagian interior dengan ruang cukup luas berbanding pesaing di dalam kelasnya, Accord menawarkan keselesaan dan rasa kemewahan kepada pemandu dan penumpang sewaktu perjalanan. Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah tikar lantai (floor mat) ditampilkan lebih tebal untuk mengurangkan kesan bunyi bising, getaran dan kekerasan (noise, vibration and harshness – NVH), menjadikan pemanduan lebih senyap dan lancar.

Varian 2.0 liter VTi-L dan VTi kini didatangkan bersama roda stereng bersalut kulit, di mana gear knob juga menerima perubahan yang sama. Untuk memberikan nilai terbaik buat pelanggan, Honda Malaysia mengumumkan harga buat semua varian Accord facelift 2011 kekal seperti dulu. Tiga varian Accord terbaru ditawarkan harga atas jalan bersama insuran seperti berikut; model 2.0 liter VTi pada tangga harga RM142,800.00, model 2.0 liter VTi-L yang menampilkan beberapa ciri tambahan lebih mewah berharga RM149,800.00, dan model tertinggi 2.4 liter VTi-L dijual pada harga RM172,800.00.

Honda Accord 2011 versi facelift tersedia lima jenis warna termasuk warna terbaru Celestial Blue Metallic, dan warna sedia ada seperti Taffeta White, Alabaster Silver Metallic, Polished Metal Metallic, dan Crystal Black Pearl.


honda-accord-facelift-2011-2.jpg

honda-accord-facelift-2011-3.jpg

honda-accord-facelift-2011-6.jpg

honda-accord-facelift-2011-4.jpg
 
Last edited:
mana gambarnya? tkkn tulisan ja?
 
hmmm... bleh layan fantasi je la nih....

ce tepek gambonye..
 
front grill tu nampak lagi lawa yg lama.. ish... bulan 6 ni konpem aku angkat satu ni insyaallah..
 
x cun lerrrrrrrrrrrrr xnampak sporty 1st badge lagi menawan kalbu...nampaknya kebelakangan ni dsgn honda makin x mengancam lew
 
Back
Top
Log in Register