guysempoi
Banned
- Messages
- 282
- Joined
- Aug 15, 2008
- Messages
- 282
- Reaction score
- 15
- Points
- 15
Dengan Amerika cakap elok-elok pun tak guna. Perumpamaan sesuai untuk negara yang kononnya digelar polis dunia ini sama seperti “semut @ kuman di seberang lautan boleh pula nampak dengan jelas sekali, tapi gajah di depan mata mereka buat-buat tak nampak”. Tak habis-habis kerjanya menganggu negara lain. Israel tidak disentuh pulak. Mentang-mentang sekutu terkuatnya. Sekarang ini main sekatan ekonomi pula. Erm…….
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan sekatan minyak tanah terhadap Iran dengan majoriti besar, bagi memaksa Teheran membekukan program nuklearnya. Langkah itu memberi kuasa kepada Presiden Barack Obama mengenakan sekatan terhadap firma yang membekalkan produk petroleum bersih kepada Iran. Oleh kerana tidak mempunyai kemampuan tapisan domestik, Iran bergantung kepada import minyak tanah bagi memenuhi 40 peratus penggunaan dalamannya.
Iran mendapat sebahagian besar import itu dari firma Vitol,syarikat Trafigura dari Switzerland/Belanda , firma Total dari Perancis, firma Glencore, British Petroleum serta Reliance dari India.
Setakat Amerika dan negara-negara Eropah mengenakan sekatan ekonomi tidak hairan lagi. Sudah memang tabiat mereka begitu. Tetapi yang sedihnya negara Islam pada zahirnya hanya diam membisu dan apabila hanya memberikan alasan yang kononnya ia adalah KELULUSAN PBB. Mana suara negara-negara Islam? Sayang seribu kali sayang. Contohnya? Arab Saudi. Sebagai negara Islam, Arab Saudi memang menyedihkan. Sepatutnya tanggungjawabnya yang juga mempunyai pengaruh besar bagi kalangan negara Islam membela negara sesama Islam yang sedang dizalimi, tetapi sebaliknya yang berlaku. Arab Saudi pula yang bersedia menjadi “hero” dengan memberikan kemudahan kepada musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan negara-negara Islam.
Akhbar Inggeris Daily Express mendedahkan laporan yang yang mana berlakunya pertemuan segitiga antara Britain-Israel-Arab Saudi yang dilakukan secara rahsia di kota London. Dalam pertemuan itu, setiap wakil masing-masing dari Britain (Sir John Scarlett), Israel (Meir Dagan) dan Arab Saudi yang mana berkemungkinan pesawat-pesawat tempur Israel akan menggunakan ruang udara Arab Saudi jika negara Zionis itu jadi melakukan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran.
Benci aku kat US ni, kalau dah nama US
ada barrack obama pun sama jerk...
Last edited:
