salam geng2, malaysia archery punya forum dah lesap, cari2 local archery forum lain terjumpa pulak forum ni. sy start main compound bow sejak 2006, bow pertama Martin Saber 60# (riser patah - dry fired), lepas tu beli;
Mathew Switchback xt 70#
HCA Iron Mace 70#
Mathew Apex 60#
Hoyt Trykon 70#
Pearson TX4 70#
dan yg terbaru sy beli 2015 tu hari, PSE Brute X 70# skull camo
Pada sy, bagi yang nak baru berjinak dengan compound bow, saya sangat2 recommend Diamond Infinite Edge, Martin Krypton, Bear apprentice 3. ketiga tiga bow ni sangat berbaloi dari segi harga, sangat2 adjustable dari segi draw length & draw weight, dan physically sangat2 ringan berbanding lain2 compound bow.
kalau bab2 nak berjinak jinak dengan dunia bowhunting, compound bow yg sy recommend kat atas tu sangat2 sesuai pasal senang nak bawak berjalan dalam hutan, bagi hunter yang suka scouting. Tak perlu beli compound bow yang mahal2 masuk hutan, nanti takut bow calar hujung2 cancel pulak hunting trip. lain la kalau duit terlampau banyak, calar satu, boleh beli 3 compound bow baru..
saya jenis yang suka hunting pakai blind, kebiasaannya sy akan pergi satu location, cari kawasan yg ada banyak bekas kaki binatang, lepas tu pasang umpan dan set up trail cam (Browning dark Ops - tin cola cuma untuk perbandingan saiz)
biasanya sy check balik dalam masa seminggu, check data yg ada dalam trail cam ader ke tidak gambar/video aktivity binatang yang memakan umpan yg sy tabur. Kalau ada, sy pasang lagi umpan & setup sy punya ground blind (sy ada 2 jenis ground blind, ameristep doghouse & Barronett Grounder 350)
Barronett 350 tu saya baru beli, pasal saya suka saiz nya yang besar, kalau xder binatang datang makan umpan, sekurang2 nya sy boleh tidor terus dalam tu (sleeping bag wajib bawak

)
Bagi yang nak berjinak dengan compound bow ni, kene ada bow press, sebab dari masa ke semasa dia punya tuning pandai lari, string & cable pandai stretch. untuk dapatkan bowpress yang murah senang jer, pergi mana2 warehouse yang ada jual bar clamp lepas tu modify sikit dia punya finger tu supaya boleh clamp bow, contoh mcm gambar sy kat bawah, modal tak sampai pun rm200
Kalau nak lagi murah untuk menceburi archery ni, boleh bermula dengan menggunakan PVC, buat sendiri boleh cari dalam youtube nama
https://www.youtube.com/user/BackyardBowyer
sy pun ada buat sendiri, sebab asyik2 main compound bow, sesekali nak jugak buat bow sendiri.. kat bawah ni contoh pvc bow yg saya buat sendiri
pakai manchu ring sebagai trigger, juga diperbuat dari pvc
tu la serba sedikit pasal saya, biasanya sy selalu melepak & membaca posting dalam archerytalk, username dalam tu Iswandy
http://www.archerytalk.com/vb/member.php?u=83741