BTC USD 81,373.7 Gold USD 4,028.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hobi sukan memanah

Faktor kritikal untuk penembak guna jari "finger shooter" yang menggunakan busur panah moden kompoun bow. saya tengah eksperimen beberapa aspek;

1) Anchor point, kedudukan tangan di muka. Mesti sentiasa tetap, samaada arrow berada ditepi bibir atau dibawah hidung. Jika kedudukan beralih sikit, arrow naik atas ataupun turun bawah.

2) Tembak guna 4 jari. Jika jari kelingking menekan tali, arrow akan naik atas, jika straight release baru arrow akan terbang lurus. (tengah belajar tembak guna 4 jari)

bersambung,,,,

video sekadar hiburan;
http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=JLkNOdusmAg&feature=endscreen
 
Last edited:
Bow customer yang baru siap ditala "tuning". Bear 340fps kelajuan. Setting
Pound 53, draw length (panjang tarikan) 28" inci, center shot, cam set, nock point set, arrow rest placing, peep sight setting OK biiznillah;
DSC00473.JPG
 
Evolusi anak panah, kenali sifat anak panah anda!
Nbr siri 300, 350, 400, 450 dan 500. Apakah itu ? Setiap nbr mewakili kadar lenturan anak panah, 500 bermakna ianya akan melentur sewaktu terbang sebanyak 0.5 inci manakala 0.3 bermakna lenturanya hanya 0.3 inci sewaktu di udara. Ianya akan menghasilkan ketepatan yang lebih baik berbanding anak panah 500 (0.5). Bersambung,,,,,,,,,
evolusi arrow.jpg
 
Panduan memilih anak panah jenama Easton.

Code 500
Sesuai untuk busur panah yang mempuntai kekuatan 50-55 lb (paun)
Code 400
Untuk busur panah 55-60 paun
Code 350
Untuk busur panah 60-70 paun
Code 300
Untuk busur panah 70-80 paun

Panduan memilih anak panah jenama PSE
code 200
Untuk busur panah kekuatan 50-55 paun
code 300
Untuki busur panah 55-65 paun
code 400
Untuk busur panah 65 paun dan keatas
 
bestnyer kalau dapat try memanah.
den dpt tgk je la..
 
Salam, TT,

sy nak blaja memanah, area KL/Sel.. :)

sy da booking compound bow ket LAsport.. sy xde kwn nk memanah ni minat da lma cuma skrg br tau memanah ni x mcm senapang kna ada lesen/permit bagai..

kendian ingat nk blaja buat strings & cables sendri plak, bole ke..? :p
 
Back
Top
Log in Register