BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hobi sukan memanah

Hoyt Rampage ZRS

Hebat tu, antara bow yang terbang cantik dan tahan lasak.
hoyt-rampage-1.jpg
 
Mari pelajari metamatik busur panah; bagaimana faktor paun dan inci mempengaruhi kelajuan anak panah.

Bayangkan busur panah yang mempunyai kelajuan 286fps (286 kaki sesaat) = 30 inci tarikan = 70 paun = 350 grain (berat arrow).

Tarikan sebenar kita ialah 55 paun + 27 inci panjang tali + 350 grain berat arrow. jadi berapakah kelajuan anak panah yang boleh dijangkakan ?

Formula; kekurangan -10 paun berat = 15fps kehilangan kelajuan dan kekurangan 1 inci tarikan = 10fps kehilangan kelajuan.

maknanya;

70-55 paun = 15 paun kurang = kekurangan 22.5fps kelajuan (10 paun = 15fps)
30-27 inch = 3 inch pendek = 30fps kelajuan (1 inci = 10fps)
kelajuan asal 286, penurunan 55.5fps = 230.5fps jika menggunakan 350 grain arrow.

Justeru kaedah untuk mendapatkan kelajuan semula;
boleh gunakan arrow 250 grain (ringan) dan tambah 22.5fps semula = kelajuan akhir 260fps.

Maklumat asas untuk memilih berat anak panah;
70 paun = 350 grain (nisbah selamat yang ditetapkan)
60 paun = 300 grain
dan seterusnya,.

maklumat tambahan 1kmj = 0.9fps (kaki sesaat)
busur panah yang mempunyai kelajuan 286fps = menyamai 313kmj kelajuan arrow !!!

Topik akan datang kuasa tujahan "kinetic energy" dan faktor2 penentunya

Sambungan kepada tajuk di atas, apa itu kinetic energy dan mengapa formula kinetic energy "kuasa tujahan" anak panah tidak menyamai kelajuan anak panah. Laju = kuat,,,,Salah.

Apa yang mat saleh cerita dalam forum tu semua hanya 70% tepat, pengkajian saya membuktikan bahawa bow berkelajuan sederhana 280fps keatas mempunyai kinetic energy (kekuatan tujahan) menyamai bow kelajuan 300fps. Apakah faktor tambahan yang mempengengaruhi kekuatan tujahan "penetration"...

berikut merupakan formula kinetic energy yang biasa diguna pakai.
KE_formula.jpg

bersambung,,,,,,,,,,,
 
Last edited:
Hebat tu, antara bow yang terbang cantik dan tahan lasak.
hoyt-rampage-1.jpg

Salesman rekomen.. saya buta huruf bab memanah ni.. beli aje lah... baru 2 bulan shoot... mula2 tu mmg asyik ke belakang aje... target bud yg besar tu pon tak kena (50m)... nasib baik la tak de org kat belakang tu... baru saya faham betapa "power" nya compound bow ni... 100m mcm tak sampai 1 saat...

Sekarang ni Alhamdulillah.. ada la improve skit... cuma release masih tak consistent... nak praktis slalu.. tapi masa kurang.. ingat nak buat satu target dlm rumah bujang saya ni la... ada dlm 15m.. takut tembus pulak pintu tu kena org belakang...:eek:
 
Salesman rekomen.. saya buta huruf bab memanah ni.. beli aje lah... baru 2 bulan shoot... mula2 tu mmg asyik ke belakang aje... target bud yg besar tu pon tak kena (50m)... nasib baik la tak de org kat belakang tu... baru saya faham betapa "power" nya compound bow ni... 100m mcm tak sampai 1 saat...

Sekarang ni Alhamdulillah.. ada la improve skit... cuma release masih tak consistent... nak praktis slalu.. tapi masa kurang.. ingat nak buat satu target dlm rumah bujang saya ni la... ada dlm 15m.. takut tembus pulak pintu tu kena org belakang...:eek:

senang je untuk dalam rumah buat kotak 2 lapis tebal. ketebalan 12 inci isi majalah lama dalam kotak susun menegak (berdiri), arrow insyaAllah takleh tembus belakang (tembus sampai 7-8 inci )

dengan syarat jarak minima 10 langkah atau 15 langkah sebelum target.
 
hoyt....mesti mahal.....kalau tembak vavi mesti tembus vavi tu...:D

hoyt ni full setup (guna aksesori baik) cecah rm3000. bow kosong boleh dapat 2.3k.

dulu saya pandu uji bow ni, tarik lembut macam single cam setting pun senang tangkap. overall bow yang baik.

PS; semua target dan hunting bow 60paun boleh tembak vavi tembus, tak kira hoyt, parker, bear, bowtech dan pse.
 
teringin berguru dengan tuan tanah.

beli 1 pastu main puas2. dalam tangan ada lagi 1 bow sedang menanti tuan baru:) yang 2 lagi dah dibooking orang. model lain kalau nak kena order.
 
macam2 jenis yek..kalau 1 set macam sukan olimpik tu berapa hinggit yek ada sampai ribu riban tak
 
kalau la saya nak convert hoyt saya tu gi memburu... ape kena tukar ek???
 
Back
Top
Log in Register