haha harga saya takleh control la sebab barang import. setiap barang saya bayar harga kos + kos penghantaran express + insurans barangan, tu sebab mahal.
super bow ni untuk dijual, jenama diamond bowtech. harga baru
rm2400 harga offer rm1900, showroom bow, keadaan 99% baik. tuning dan setting oleh saya, kelajuan 300++, pound adjustable 50-60 pound, full acessories original bowtech.
Terms COD atau tempahan 50% deposit. sesiapa yang nak meminang bow ni sila PM message tq
jangan sekali2 memberi pinjam (cuba) bow anda kepada rakan, kawan. seorang rakan/pelanggan rapat saya memberitahu bahawa tali bownya putus apabila dicuba oleh rakan. saya mensyaki bahawa rakanya 'memulas' bow itu sebelum melepaskan talinya.
set tu tak lengkap, kena tambah aksesori lagi. sight untuk target dan stabilizer (untuk stabilkan bow). poslaju mungkin rm50 ke KK. model tu saya tak jual, jadi tak boleh komen.
biasanya kalau set lengkap bow bermula dari rm1000 kebawah, rm1500, rm2000. kena check pound dia juga berapa pound, untuk beginner carilah bow yang 35 pound dan keatas. contoh pound, 35,40,45,50,55 dan 60 boleh pilih mana yang bersesuain.
contoh set lengkap macam gambar dibawah ni; pompuan yang memegang bow it guna set lengkap, bow kanan tu kosong.
Wah sgt menarik dan tertarik aktiviti memanah ni..ok tt kalu bru nak berjinak dgn aktiviti ni apa yg perlu dibuat untk langkah pertama ye..kawan minat sgt ni nak belajar memanah..kalu beli kat tt alatan memanah nanti nak main kat mana lak kalu duk rmh teres or flat..sesilap tepanah jiran sebelah :-( tapi kalu main kat shopping mall tanpa ada basic permainan pun maybe boleh dtg bahaya gak..so ada tak cara bg org yg mcm kawan ni..berminat sgt tapi takde asas dlm pemainan tu..sbb kawan target nak na jdi pemanah mahir dlm masa 3tahun dgn purata latihan 5kali seminggu boleh tak, tahun ke4 dh jdi robinhood kawan cadang nak masuk olimpik 2016 huhuhu..ni bukan angan2 tauu..serius ni