ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
HONG Leong Investment Bank (HLIB) mengulangi sasaran 'beli' ke atas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan harga sasaran yang tidak berubah pada RM10.55, walaupun perangkaan Mei syarikat itu lemah.
Data menunjukkan pergerakan penumpang hanya tumbuh 2.1 peratus tahun ke tahun berikutan kehilangan MH370 serta kes penculikan di Sabah dan rasionalisasi kapasiti, terutama laluan domestik.
Ia juga disebabkan kesan asas yang Tinggi dengan trafik yang kukuh pada pilihan raya pada Mei 2013.
Bagaimanapun, pertumbuhan penumpang setakat ini terus kukuh, pada 13.5 peratus tahun ke tahun berbanding unjuran HLIB sebanyak 12.8 peratus bagi tahun kewangan 2014, kata firma penyelidikan itu dalam notanya hari ini.
HLIB berkata, ia juga yakin terhadap monopoli operator lapangan terbang berkenaan ke atas operasi lapangan terbang di Malaysia (kecuali Senai), dan penerima manfaat terbesar trafik udara ke Malaysia serta Tahun Melawat Malaysia 2014, selari inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sektor pelancongan.
MAHB juga tidak terjejas akibat kenaikan kos bahan api jet serta penguncupan ringgit selain hasil bukan aeronautik yang berpotensi tinggi.
HLIB bagaimanapun negatif ke atas mudah tunai MAHB yang rendah.
Sehingga 10.31 pagi, saham MAHB untung empat sen kepada RM7.78 dengan 1,600 lot bertukar tangan. - Bernama