donat88
Active Member
- Messages
- 1,706
- Joined
- Mar 5, 2008
- Messages
- 1,706
- Reaction score
- 33
- Points
- 30
HLA Cash Builder jana RM150j
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Hong Leong Assurance Bhd. (HLA) menyasarkan jualan HLA Cash Builder sebanyak RM150 juta untuk tahun pertama menjelang Februari tahun hadapan.
Ketua Pegawai Operasinya, Loh Guat Lan berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan jualannya sejak dilancarkan tiga minggu lalu telah mencecah RM10 juta.
''Selain itu, produk ini juga merupakan yang pertama di pasaran menawarkan fleksibiliti kepada pemegang polisi untuk memilih pelan mengikut kesesuaian mereka.
''Ia merupakan pelan yang membolehkan pemegang polisi membina pendapatan, merancang perlindungan dan menentukan syarat pembayaran mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran HLA Cash Builder di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pemasaran Strategik & Pembangunan Produk HLA, Eric Tan Choo Teik.
Tambah Guat Lan, walaupun negara mengalami krisis ekonomi pada masa ini, mereka yakin dapat memenuhi sasaran tersebut berdasarkan sambutan produk lain yang dilancarkan pada tahun lalu.
''Dengan HLA Cash Builder ini, fleksibiliti membolehkan pelanggan menyesuaikan polisi mereka mengikut kehendak serta keperluan pelanggan.
''Pelan ini juga dapat melindungi simpanan pelanggan terutama ketika mengalami kecacatan, penyakit kritikal dan kematian,'' katanya.
HLA Cash Builder membenarkan aliran pendapatan yang lebih cepat, tinggi dan fleksibel seperti pembayaran sekerap setiap tahun dan seawal akhir tahun polisi pertama.
Selain itu, pulangannya juga boleh mencecah 20 peratus daripada jumlah terjamin setiap tahun dan polisi tersebut membolehkannya diterima dalam pelbagai situasi serta boleh dipadankan mengikut keperluan pendapatan pemegang polisi.
Pelan ini juga, menawarkan komitmen pembayaran jangka pendek sama ada enam atau 10 tahun kepada pemegang polisi dengan perlindungan insurans sehingga 35 tahun
petikan utiusan malaysia..
Ingin tahu tentang produk ini..apa komentar agen2 semua..